Pepatah Arab mengatakan: "Bila keluar rumah TANPA NIAT, tak ubah seperti ORANG NOMAD" dipetik oleh ustaz untuk ceramah semalam. Yang buatkan aku rasa tertarik nak kongsi kat sini. Siap catat dalam buku nota risau terlupa tau haha... Maknanya bila kita keluar rumah tak beserta niat nak pergi kerja dapatkan pahala kerja, nanti niat kita jadi berubah-ubah. Semacam orang nomadlah, suka berpindah randah.
Pernah tak sampai tahap bila nak buat sesuatu tapi tiba-tiba lupa, tak tentu hala. Mood asyik berubah-ubah dan lain-lain lagi? Lebih kurang camtulah maksudnya. Kadang-kadang bila kita target nak buat sesuatu ada-ada pula halangan yang buat kita terhentu dari nak teruskan hajat kita tu. Dan halangan itulah yang akan buat kita tertangguh dengan kerja.
Sekarang ni mood aku pula. Masih blur. Nak teruskan niat private blog atau biarkan saja? Banyak sebab aku rasa sayang nak private. Antaranya aku menulis pun sebab nak berkongsi kisah sendiri. Tapi kalau kerana gangguan tak diingini, nampak gaya kenalah ikutkan hati. Dari mengundang masalah di kemudian hari. Ada ritma pula kata-kataku tadi hahaha...
Semoga Allah berikan pentunjuk padaku.
Lancarkan dan mempermudahkan segala urusanku.
Amin...
3 comments:
ye betul setuju.. setiap benda kena niat kerana Allah.. tq tolong ingatkan
tak payah blur, just ikut majoriti, TAK NAK private :) jgn krn satu dua orang pengaruh u punya niat :)
wan..nape ni..
take care ye
Post a Comment