Nuffnang

Followers

Wednesday, February 27, 2013

Won Le Scenteur product

Dah lama tak update pasal menang contest majalah. Rasanya dah lebih 3 bulan kot tak update apa-apa. Kebanyakkan hadiah tersadai dalam bilik. Masih dalam paperbag asal. Tak sempat nak simpan. Tak sempat nak amik gambar. Kalau tidak dah berapa banyak entry sedia terpapar dalam blog ni. Takpelah, pelan-pelan update.

Hadiah dari majalah ni. Produk Le Scenteur bernilai RM180 kalau tak salah. Zaman alam remaja dulu, Wan memang suka sangat Le scenteur produk. Harumannya memang manis dan tahan lama. Dapat pula set haruman yang pelbagai kali ni, benar-benar mengamit memori. Wan suka wangian desire. Haruman yang mana satu pilihan korang?