Masa join event penyampaian hadiah TYT lepas, bukan setakat happy dapat hadiah. Tapi happy sebab dapat banyak info/ilmu baru pasal produk TYT ni. Mrs June dan Kak Sofy serta suaminya Abang Din tak putus-putus berkongsi keberkesanan produk TYT.
Memang di rumah Wan sentiasa ada minyak TYT. Sebab lazimnya sebelum tidur Wan sapu minyak TYT pada kaki. Untuk lancarkan aliran darah dan bagi kurang lenguh-lenguh. Al maklum, seharian bekerja di tempat ber'aircond. Dan lantai rumah pula jenis tile, sejuk bedi. Orang dulu-dulu segar bugar badan sebab lantai jenis papan. Sebab tu kurang efek pada badan.
Wan mula kenali produk TYT sejak sebelum bersalinkan Damia lagi. Emaklah yang sarankan Wan gunakan minyak TYT. Masa tu Wan suka sangat minyak jenis panas-panas. Rasa lebih puas berurut dengan minyak panas. Tapi pertama kali cuba minyak TYT, terus jatuh cinta dan jadi pengguna setianya. Dari arwah nenek, mak, kakak, Wan, Damia ke anak-anak saudara semua, semuanya pengguna TYT. Dah jadi pengguna setia dari generasi ke generasi. Sementelah pula TYT memang dah lama bertapak di Malaysia sejak tahun 1957!
Inilah rupa botol minyak TYT. Memang Wan selalu beli yang bersaiz 100ML, untuk kegunaan harian. Botol 50ML khas untuk dibawa berjalan (travel) atau kegunaan di luar rumah. Dulu Wan suka botol jenis Roll-on 50ML, tapi sekarang macam susah nak jumpa botol ni. Berkemungkinan pasarannya agak terhad. Biasanya Wan jumpa minyak TYT ni kat pasaraya Mydin. Cubalah, kalian pun pasti akan suka. Dari orang dewasa ke baby, semua boleh pakai. Sangat selesa dan tidak melekit pada badan. Dan lagi, takde kesan sampingan macam kulit merengsa, panas pada kulit. So minyak ni sangat sesuai untuk bayi seawal kelahirannya.
Antara tips baru yang Wan perolehi masa event tu, minyak TYT juga boleh disapukan pada rambut dan kepala. Untuk atasi masalah rambut berkelumumur. Wan pun gigih mencuba kat rumah, memang terbukti berkesan! Seelok sapu, terus hilang rasa gatal. Disebabkan minyak TYT tak panas, kita rasa macam sapu baby oil saja kat kulit kepala. Lembut dan selesa. Bau minyak pun tidak meloyakan. Rasa nyaman je atas kepala. Ada cerita juga macam mana dorang boleh tahu minyak ni boleh disapukan di kepala sebenarnya. Nak jadi cerita, ada seorang pesakit kanak-kanak yang hadapi masalah kulit kepala yang ketara. Tak pasti apa masalahnya, tapi kulit kepala berkerak teruk sampai gugurkan rambutnya. Kesian sangat. Nak jadi rezeki, akhirnya dorang jumpa penawar yang serasi dengan anak ni. Minyak TYT. Alhamdulillah... anak tu dah kembali pulih. Boleh tengok dalam laman web TYT untuk baca testimoni pengguna-pengguna minyak TYT.
Selain tu, minyak TYT boleh digunakan untuk merawat sakit gigi dan ulser. Calitkan minyak di bahagian yang sakit, insya'Allah, berkesan. Lazimnya Wan sapu minyak TYT pada kulit Damia yang kering. Walaupun dah sembuh dari keadaan eczemanya yang teruk dulu, Wan masih teruskan alternatif rawat dan menjaga Damia. Terutama sekali nak elakkan dia amalkan tabiat menggaru. Alhamdulillah... sapuan minyak TYT memang banyak membantu. Boleh amalkan selalu khususnya selepas mandi. Untuk langkah terbaik. Basuh kaki, tangan, bahagian kulit yang kering. Lap kering dan teruskan menyapu minyak TYT ketika kulit anak masih lembab kerana ia menggalakkan minyak meresap dengan lebih sempurna. Selamat mencuba :)
Wan berterus terang Wan tak pernah jumpa produk-produk TYT lain selain minyak urut. Menurut Mrs. June, jika nak cari produk-produk TYT boleh jengah farmasi seperti Caring dan lain-lain. Memang pelbagai jenis produk sedia dijual. Herba mandian Bayi ni salah satu produk yang Wan beli pernah jumpa. Tapi memang terbaik untuk baby newborn.
Kak Sofi sangat galakkan Wan beli Herba Rendaman Kaki TYT. Sebab Wan bagitahu selama ni Wan biasa urut dengan minyak saja. Tapi herba ni berperanan jauh lebih baik. Dapat melancarkan aliran darah dan merawat dalam pada masa yang sama. Wan harap dapat beli produk ni bila ada kelapangan ke farmasi nanti. Produk mesti cuba! Kalau dah beli nanti bolehlah Wan kasi testimoni dalam blog pula hehe...
Pada 10, 11 dan 12 Mei 2013 nanti, TYT akan adakan jualan langsung di tapak Eskpo yang bertempat di MidValley. Menurut penganjur, waktu ekspo ni jualan produk lebih murah dan ada promosi beberapa item serta free gift jugak. Jadi anda semua dijemput hadir memeriahkan ekspo tu nanti. Wan target nak pergi juga. Buat menambahkan stok minyak TYT tahunan ^^
Untuk maklumat lanjut mengenai produk TYT boleh layari laman web TYT (Herbal Medicated Oil) .
12 comments:
saya nak tanya tadi saya baru terbaca yang minyak TYT ni ada kandungan raksa yang berlebihan daripada yang septutnya dan tidak diluluskan oleh pihak kementerian kesihatan. tapi berita tu pada tahun 2011. saya ada guna minyak ni tuk hilangkan ruam lampin anak saya dan Alhamdulillah sangat berkesan berbanding krim ruam lampin yang saya gune sebelum ini. boleh tuan blog terangkan kat saya minyak ni telah diluluskan oleh kementerian kesihatan malaysia. saya cuba cari info tapi hampa xjumpa. sekian, terima kasih.
ibu muda yang inginkan kepastian.
salam sejahetera pada tuan/puan yang bertanya. Sebenarnya saya juga hanya pengguna. tidaklah arif sangat berkenaan produk TYT ni. Tapi mengikut maklumat yg diterima dari anak pengasas produk ni (semasa hadiri majlis penyampaian hadiah tahun lepas) sememangnya produk TYT berasaskan tumbuh2an dan herba sahaja. tak menggunakan sebarang gelatin atau minyak haiwan sbg isi kandungan. Alhamdulillah sepanjang menggunakan produk ni xde sebarang alahan atau masalah. Malah saya syorkan pd famili n kawan2 yg ada anak kecik utk gunakan minyak urutnya. herba rendaman kaki dan badan pn sngt bagus utk segarkan bdn n lancarkan aliran darah. Ini tertimoni peribadi. jika ada sebarang kemusykilan puan/tuan blh cuba bertanya terus pd pihak TYT di laman web TYT: http://tyt.com.my/ insya'allah dorg akan beri jawapan yg memuaskan :)
Alhamdulillah saya telah mendapat feedback dari laman web TYT sendiri. terima kasih kerana memperkenalkn saya dengan produk rendaman kaki tyt itu. saya akan cuba nanti. thanks again tuan blog yang baik hati :)
Sama-sama kasih. terima kasih juga pada tuan/puan sudi bertanya. saya sndri kdg2 pndg sambil lewa je berkenaan produk2 belian selama ni. Bila ada yg bertanya, jd terbuka hati nak cari info sekali. semoga beri manfaat buat kita semua :)
Inshaallah. sama-sama kita berkongsi :)
Saya nak tanya,apa juga kebaikan minyak tyt nie utk org dewasa?
Salam saya nak tanya. Anak saya ade g6pd.minyak ni boleh digunakan tak?
Salam saya nak tanya. Anak saya ade g6pd.minyak ini boleh digunakan tak untuk sidia?
Nek ama yot ~ maaf sangat2 saya tak perasan mesej ni. ikut pengalaman saya sendiri. Saya gunakan untuk urut badan. Memang selesa sebab minyak TYT ni tak panas dan berbau herba. Sebagai pengguna, saya mmg rekomen TYT :)
Nk tanye..minyak ni boleh guna untuk halau nyamuk ke?
Nak kata boleh halau nyamuk tu xsure juga. Sbb bukan repellent base kan. Kandungan dia mmg herba, kalau kena gigitan nyamuk insya'allah boleh soothing, boleh reduce kegatalan. Better miss tanyakan pada page TYT. So far saya selesa pakai mnyak TYT ni sbb sngt bagus esp utk bloating n sakit2 badan.
Anak sy g6pd sy guna since newborn. Sekarang anak sy umur 7tahun.
Post a Comment