Nuffnang

Followers

Friday, March 1, 2013

Kelebihan produk Euky Bear!

Wan memang  pengguna Euky Bear sejak Damia berusia 3 tahun. Sebelum ni Wan suka guna Vicks saja kalau hidung tersumbat dan selsema. Tapi sejak kenal produk Euky Bear memang dah terus gunakan. Rasanya takde yang setanding dengan keberkesanan produk Euky Bear ni. Lebih mujarab dan selesa untuk kanak-kanak dan dewasa. Euky Bearub ni senang je nak guna. Sapu terus pada belakang leher, hidung dan dada. Dapat melegakan hidung tersumbat dan nafas tersekat. Aroma segar dan kurang melekit. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.

Euky Bear dihasilkan dari minyak kayu putih. Produk ini berasal dari negara Australia. Produk Euky Bear mudah didapati di Butik Anakku atau farmasi-farmasi terkemuka di Malaysia. Harganya berpatutan dan keberkesanannya terbukti. Sesuai digunakan oleh semua peringkat usia.

Minyak ni sangat bagus untuk rawat selsema. Damia sejak duduk di tadika, asyiklah selsema. Kadang tu hari minggu selsemanya dah ok, hari isnin sampai jumaat bersroook sreeek balik sebab sejuk air cond kuat di tadika. Boleh kata majoriti kanak-kanak akan hidap selsema. Kesiannya bila waktu malam, susah nak tidur sebab nafas asyik tersekat-sekat. Solusinya Wan gunakan minyak Eucalyptus ni sebagai rawatan alternatif. Caranya mudah je. Ambil sehelai sapu tangan. Lembabkan dengan air panas atau separa panas yang dicampur beberapa titik minyak Eucalyptus, perah sampai titisan akhir. Lap-lap pada belakang leher, di atas dada dan leher. Untuk kesan lebih mujarab, tuamkan ke hidung anak. Boleh jadi healer segera. Cara tu dapat melancarkan pernafasan anak. 


Logo Euky Bear yang sangat cute ^^ Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk Euky Bear boleh layari laman web Euky Bear Malaysia atau like saja Fan page FACEBOOK Euky Bear di link-link yang Wan sediakan.

2 comments:

Anonymous said...

wan,

beli kat mana & berapa harga.. sebab tak pernah nampak pula di farmasi biasa.. thanks..

mun

Wansteddy Tales said...

Hi Mun, cuba jengah butik baju Anakku. Biasanya dorang yang jual. Atau kalau xde, boleh cari di farmasi2 mcm caring etc. setakat ni yg confirm farmasi guardian n watsons blm jual lagi :)