Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, March 28, 2013

Selamat Hari Lahir ke 35 sis!

Selamat Hari Lahir ke 35 tahun buat kekanda disayangi.
Dilahirkan pada 28 Mac 1978.
Anak jati Kampung Pulau Belayar, Gerik Perak.

Jujurnya masa kecik-kecik dulu kami dua beradik ni memang tak rapat. Meskipun cuma 2 orang je perempuan dalam 5 beradik, tak boleh nak ngam pula. Kakak ni lagi rapat dengan abang yang sulung. Aku pula jenis malas nak campur dengan dorang. Jelak kena makan buli je dari kecik. Tapi bila dah makin remaja, kakak belajar di Kolej Kejururawatan kat Negeri Sembilan, baru terbit rasa prihatin kat kakak sendiri. Hanya surat je jadi penghubung kami. Zaman 90-an mana nak ada henset kan. Nokia cokia pun mahal mak enon kau. Inikan pula brand Apple (yang belum wujud lagi zaman tu). Nak bersms tak mampu nak beremail berFB lagilah tak mungkin. Tapi sekali utus surat, berkajang-kajang paper diberi. Ada-ada je cerita dikarangkan. Kadang-kadang aku lukis komik untuk kakak. Saja nak bagi dia happy belajar kat sana.

Apa pun semoga hubungan kekeluargaan kami makin erat dan penuh dengan kasih sayang. Ucapan ikhlas dari adikmu yang comel lagi cute~

"Happy birthday kak! Ye, mak abah masih panggil ko 'adik' tapi aku tetap berpangkat adik yang termaktub dalam surat beranak! Muahahaha..."

Kenapa bukan aku yang dapat gelaran adik? 
Yang itu akan diceritakan dalam entry akan-akan datang. 
Tu pun kalau aku rajin nak bercerita haha...

6 comments:

JaSSNaNi said...

selamat hari lahir to ur sis... :)
sama la ngan kita.. dulu tak rapat ngan kakak,kakak lain.. tapi dah tua2 ni.. makin rapat we alls.. baru paham kot time ni.. dulu tau nak bergaduh je..

Wansteddy Tales said...

TQVM JaSSNaNi s :D

Sebab kerap gaduh tu la yang sampai malas nak layan dia dulu tu. Ignore je. skrg ni gaduh2 gak tp gaduh2 manje gitu ahaha

Mama Zharfan said...

waaa u & ur sis sgt seiras :) HB to her

εïзmummyHazaεïз said...

Biasala.. Saya dulu pun macam tu sebab kakak sulong.. Bila dah beso mcm ni baru rapat sgt2. Happy birthday to ur sister ya

Wansteddy Tales said...

Mama Zharfan ~ yeke kak suzi? mmg ramai yg ckp muka kitrg sama. smpaikan kawan sekolah pn confius. siap dorg komplen wan xbalas senyum dorg balik. mslhnya kakak wn mmg xkenal pn geng sekolah wan tu haha

Wansteddy Tales said...

Thanx mummy Haza. Skrg dah jadi geng kamceng. tempat jadi mangsa luahan perasaan haha