Nuffnang

Followers

Wednesday, April 3, 2013

Panasnya dikampung!

Terasa nak menulis macam-macam. Tapi takde mood betul. Nak-nak bila kembali bertugas dengan kerja yang kian menimbun. Bidaah belake bila dorang kata kerja kat sini tak banyak. Aku sampai berkerut kening pening kepala hari-hari. 

Motivasi kala tension? baca manga. Buang masa kat situ. Hobi join contest aku nampak gaya asyiklah tertangguh. Cumanya bila dah sibuk-sibuk begini. Nikmat bekerja tu lebih terasa. Bersyukur seadanya apa yang ada. 

Balik dari bercuti macam kasi refresh sikit kepala. Walaupun cuaca kat kampung.... Omaaaaaak ai! panaihnya........ Kalau letak segelas ais kat tengah jalan boleh menggelegaklah. Ibarat kata. Pasang kipas kiri kanan atas bawah pun tak rasa apa. Angin kipas tu bagi pedih lagi ada. Bila kenang-kenang kala aku berpantangkan Damia dulu. Macam gitulah cuacanya. Nasip baiklah dulu aku kena bedah masa bersalin. Takdelah kena tungku bagaikan... Kot tak, ikut kehendak arwah nenek aku. Aku ni nak disalainya! Wa.... tak sudi.... tak rela.... Bagilah RM1k pun aku tak mau. Tak pasal-pasal berbelang badan aku macam tok rimau gara-gara kena salai! hahaa...

Beruntunglah kita yang kerja dalam air cond. Kuranglah rasa kepanasannya tu. Kalau turun pun hujan sekadar berbasa basi je sejuknya. Macam hanya nak sejukkan tanah sekejap. Nak basahkan pokok dan tanaman yang dahagakan air. Lepas tu cuaca kembali panas. Getirnya langit tanpa awan. 

Itu baru kat dunia. Bak kata mak aku... huhu... Bersyukurlah kita masih hidup dan berpeluang lagi nak lakukan amal ibadat. Harta simpanan kita di akhirat kelak. Amin...

Sambung besok kalau aku rajin menulis.

4 comments:

adianiez AIDA said...

memang sgt panas ler skang ni... izzat pun yg baby tu kalu tido berpeluh-peluh! ini kan plak si ibu yg gemuks ni hi hi hi...

JaSSNaNi said...

perubahan angin monsun ni akan berakhir awal may nanti.. so lagi sebulan lah... harap2 kita semua bersabar.. (termasuk saya)
nak balik kg jumaat ni, yeahhh!!

Merlyn said...

balik ke kelantan+terengganu hari tu mmg panas. tapi di JB katanya asyik hujan sebelah ptg, sejuk jer...

AzianKhalil said...

memang panas. sampai naik ruam badan