Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, May 29, 2013

Nanas Merenyam!


Menjelang petang, di kala aku ralit dengan kerja pejabat yang tak habis-habis... Masuk penyelia aku datang bincang pasal kerja. Pehtu bagitau ada nanas masak kat pantry. Tak berapa lama pastu, masuk pula office mate sambil menatang sepotong nanas segar dalam pinggan.

Waaa... Sorrylah, bukan tak suka. Tapi memang tak boleh nak makan nak-nak yang jenis fresh n raw nanas ni. Amik bau je terus rasa gatal mereyam kat lelangit n lidah. Kalau yang jenis siap masak atau buat jus tu boleh masuk tekak lagi. Biasanya kita dengar orang mengandung atau dalam pantang je tak boleh makan nanas kan. Sebab bisa. Tapi... Aku ni mengandung tak mengandung memang tak boleh masuk nanas. 

Dulu masa kecik-kecik kagum je tengok sepupu aku si Idah yang terer kopek kulit nanas. Pastu makan penuh kusyuk, slruppp.... slruppp makan sampai sebiji besar nanas habis kat perut dia sorang. Kadang-kadang jadi kecur liur tengok Idah makan penuh berselera. Aku jadi tukang tengok je. Kalau rasa gatal nak try test jugak, kena siapkan air masak barang 3,4 gelas. Memang tak tahan rasa ngeri efek gatal lelangit lepas makan nanas. 

Ironinya aku sangat suka makan pajeri nanas! 

No comments: