Nuffnang

Tuesday, June 4, 2013

Bila terkenang kata-kata emakku... menjadi fashion designer bukanlah impianku


Amboi panjangnya tajuk... Macam dah sinopsis esei pulak ye haha... Dah lama kot aku tak membebel dalam blog kan. Harini tiba-tiba rasa nak sharing kisah lelama, zaman muda belia dulu. Tah aku dah pernah cerita ke tidak tah dalam blog ni. Aku pun tak pasti. Tapi kalau dah cerita pun apa salahnya nak refresh semula memori lama kan... Bagi sama-sama mengenang kenangan memasing suatu ketika dahulu....

Dulu masa menganggur lepas belajar kat UiTM Lendu, kepala ligat berfikir nak kerja apaaaaa la sementara dapat kerja tetap. Mohon SPA nak kerja kerajaan, tapi tentunya lamaaaa baru dapat surat panggilan. Sampaikan masa tu mak cakap... "Kalau dulu Epa belajar seni fesyen, sekarang ni dah boleh amik upah buat baju kurung ke apa ke." 

Dalam keadaan serba salah (timbul rasa bersalah diri sebab tak bekerja, perabih beras mak abah je huhuk) mulalah rasa nak setuju dengan apa yang mak cakap tu. TAPI... Bila dah bekerja, aku mula terfikir semula. Seni rekaan fesyen memang bukan minat aku. Aku tak suka jahit baju. Kalau lukis tu, sukalah. Belajar buat baju kurung guna kertas surat khabar pun tak sampai separuh jalan. Kepala tak masuk. Mak pun naik fedap nak ajar. Anak perempuannya ni jenis ganas. Tak suka langsung kerja-kerja orang perempuan macam ekonomi rumahtangga (ERT) punya konsep tu haha... 

SEKARANG, bila dah bekerja hampir 10 tahun, dengan perkembangan kerja yang masih di takuk yang sama. Mula terdetik di kepala, kata-kata mak kat aku 10 tahun yang lepas.

Gambar diambil dari blog online biz Arora

KALAUlah aku jadi fesyen designer, sekarang ni tak payah dah nak pening-pening kepala cari baju raya untuk diri sendiri dan anak. Suka style apa, buat je sendiri. Kalau nak untung lagi, boleh buka online biz jual baju kurung. Dengan sistem media sosial yang ada sekarang, nak jual baju dah tak payah nak promote dari mulut ke mulut macam dulu. Cukup publish je dalam facebook, berdezup dezuppp order masuk.

Perasaan ini memang selalu timbul. Nak-nak setahun sekali. Bila hari-hari menjelang bulan puasa, bila tarikh-tarikh nak dekat raya kian menjelma. Dan terkini, belum pun masuk bulan Ramadhan aku dah terasa bahang keinginan nak menjahit baju sendiri tu haha...

Nak cakap apa pun tak boleh dah. Bila usia kian tua, terasa tangan keras lebih kematu. Jangankan nak jahit baju raya, nak jahit butang tertanggal pun terasa seksa.

Alasan muktamad dari dulu hingga kini: 
MALAS NAK BELAJAR MENJAHIT.

Sebab apa pun yang dikata, kalau hendak 1000 dayakan. Kot tak nak beribu dalih. Memang dah dalam hati takde terbit pun nak belajar kelas jahit menjahit. 

BUSY manjang...
(kononnya!)

3 comments:

Karisma Izzah said...

macam tersalah tanggap pulak tajuk dengan isi..

kite same la...sekarang dah beranak pinak baru minat nak belajar menjahit tu timbul...haha...

same lagi, kite ganas gak. pegang kertas, renyuk, gunting senget benget...ahaha...tapi sekarang ada mesin jahit, ada masa godek la, jahit baju anak perempuan, jubah anak lelaki ke, ape ke..

tapi memang timingnye kul 2 @ 3 pagi lepas tidur di awal malam. (perkara begini tak disarankan k sebab boleh menyebabkan orang jadi ting tong sikit.kerja menjahit ni ada stressnya jugak. lain la kalau qiamullail, tenang.)

kalau dah ada minat, teruskan je. kalau ada internet di rumah, boleh belajar jahit melalui video. ade member kat FB ni jual pola baju kurung (1 size RM35, 4 size RM100). nanti dia masukkan pembeli dalam grup dan boleh rujuk video untuk belajar. belajar sampai pandai. from zero to hero!

Wansteddy Tales said...

Haha... haah, bila sekali baca mmg xfhm jugak tajuk entry tu. keinginan nk belajar tu tebal. Tp bila rasa malas tu semua benda plan jd xjadi. Nk buat yg basic2, jahit baju anak patung anak pun dah lma tertunggak. dok janji je kat anak "nanti mummy buat baju doll" sampai ke sudah xtertunai lagi. rasa mcm kayu sungguh tangan ni bila libatkan hal jahit menjahit haha

CaDLyNN said...

mak lin pon menjahit..anak2 die..jahit butang bolehla..hahahaha

tapi insyaAllah ade kelapangan nanti nak p blaja la...senang sikit kan...