Nuffnang

Followers

Thursday, June 13, 2013

Hadiah Dare To Dream Contest NH Detoxlim

Sebuah Samsung Galaxy S3. Inilah pertama kali menang hadiah berupa henset S3! Kejutan selepas balik dari meeting pengurusan. Selasa lalu aku dilantik sebagai pencatat minit. Tak suka! Sebab kerja ni remeh dan merenyahkan. Dalam kalut menulis apa saja butiran yang dibincang dalam mesyuarat tu, tangan asyiklah tergaru-garu. Aku fikir... "Ah! Kalau masuk rezeki harini, kan bagusss...." Mengidam hadiah je manjang. Bila boring-boring, berangan itu perlu! Hahaha... 


Dan sehabis tamat mesyuarat, aku kalut-kalut balik ke pejabat. Nak kemas barang balik. Dah cecah jam 5.30 petang jugak waktu tu. Tup-tup.... Tadaaaa!!! Sekotak besar dari SkyNet memenuhi meja kerja. Terpinga-pinga aku sebab sebelumnya tak dapat panggilan pun dari mana-mana kurier kata nak hantar barang. Kalut-kalut nak balik tu aku buka kotak tu sehabis pantas. Cari surat pengesahan dari penganjur. Rupanya kawan aku yang tolong terima bagi pihak aku, dalam LIF! Opismate tahu barang tu ditujukan pada aku sebab kurier boy tu asyiklah buat percubaan sebut nama aku haha... Rumit sungguh ke nak sebut nama aku tu... huhu...

Bila kotak selamat diterima... Oh... Hadiah dari NH Detoxlim rupanya... Syukur alhamdulillah... Walaupun delay lebih seminggu, bila hadiah dah terbentang depan mata, hilang terus rasa serba gusar tu. Alhamdulillah... Rezeki hari itu. Mood terkejut, happy dan terharu berselang seli. 

Inilah keputusan penuh peraduan Dare to dream Contest anjuran NH Detoxlim. Syukur alhamdulillah... Menangi tempat pertama dan saguhati. Hadiah saguhati ditukar dalam bentuk cash sebanyak RM600. Adik maklumkan, hadiah dah selamat diterima. Syukur alhamdulillah... Jutaan terima kasih pada penganjur peraduan NH Detoxlim. Rasa berbaloi sungguh dengan percubaan kali ini :)

Alangkah manisnya kalau menang begini SELALU!
Mudah-mudahan impian dan doa diperkenankan olehNYA.
Amin....

2 comments:

gewecun said...

best..best..tahniah wan:-)

Wansteddy Tales said...

Alhamdulillah... terima kasih cik gewe :D