Nuffnang

Followers

Thursday, July 25, 2013

Kerana Hanis Zalikha

inibelogsaya.blogspot.com.jpg
Oh dah lamanya blog aku bersawang. Gara-gara aku menerjah blog Hanis Zalikha, barulah timbul keinginan meluap-luap nak menulis ni. Apa kessss... Saja. Suka lak baca blog si Hanis tu, cerita pasal dia dengan Mia Sara dalam entry ni. Inilah pertama kali kot aku baca blog Hanis dari awal entry sampai habis. Biasanya aku jeling kat bloglist kengkawan je tajuk entry dia. Hahaha... 

Entah sejak bila aku dah berhenti menulis dari hati ke blog. Kalau dulu aku tulissss je apa yang terbit dalam kepala tanpa fikir terlebih dulu. Bam bam bam! Keluar semua bait perkataan yang aku rasa perlu diluahkan. Sejak dua menjak ni aku makin menyendiri. Dalam istilah blog, mensawang mawangkan blog. Aku pun tak suka tengok kat blog sendiri makan dua tiga minggu takde entry-entry baru. Tapi... Tulah. Sibuk sangat kot. Banyak kerja kat sini. Kadang-kadang aku melangut jugak dok pikir, bila la aku ada masa nak berlepak-lepakian macam dulu. Datang opis punch card, layan blog, layan facebook, cukup time, balik punch out. Owh... senang lenangnya hidup di kala itu.... hahahha... Tapi gaji asyik rasa tak cukup. Nampak sangat tak berkat. Hahaha... 

Apa nak update? Pasal contest aku malas nak edit gambar muat naik hadiah. Pun lagi aku pun dah lupa kadang-kadang menang tu dari penganjur yang mana. Buruk ingatan. Nak cerita pasal Mia? Dah lama Cik Mia tak pergi sekolah. Sejak nenek dan aciknya di rumahlah. Senang hati dia, alasan tak nak ke sekolah. "Takut teacher...." Entah apa la yang ditakutkan. Depan aku, tengokkan macam baik-baik je cikgu si Mia ni. Mungkinkah di belakang cikgu ni ada semangat Tarzan? Kuat jerit sampai anak aku pun jadi fobia nak p sekolah. Uuu... Jenuh nak pikir macam mana lagi cara nak pujuk Mia ke sekolah. Nak-nak minggu depan neneknya dah nak balik ke Sandakan semula. 

Sedang pening kepala ketika ni. Aku tak cukup minum air gamaknya. Liat pulak aku nak bangun sahur sejak kembali boleh puasa ni. Kalau sebelum cuti haritu kemain lagilah semangatnya Mak Wan ni bersilat kat dapur. Ni, nak bangun togok air masak pun MALASSSS....

Cumanya, habit di bulan Ramadhan masih tak berubah. Aku masih suka memasak dari beli lauk tunjuk-tunjuk kat bazar Ramadhan. Lebih sedap makan, hidangan yang panas-panas air tangan sendiri, dari makan benda alah yang sudah di masak sejak sebelum subuh lagi pastu jual sampai jejak waktu maghrib. Nak lagi untung, perhangat semula, jual balik keesokkan harinya. Oh... Bukan tak biasa terkena kan... Bisnez namanya pun....

Kembali kerja. Oh ya, lupa nak bagitahu. Salah satu sebab susah benar aku nak berblog sekarang ni, server kat sini agak merapu. Entah kenapa kadang-kadang boleh buka blog, tapi bila nak buka new post mesti stuck kat situ berjam-jam lamanya. Kira nasip baik je kali ni percubaan berjaya. Berjayalah aku merepek sedas dua harini...

Pergh... legaa... Rasa macam setambun buku dilepaskan di udara. Perempuan, memang harus meluahkan bebelannya. Dari simpannn je buat sakit kepala kan. Eloklah dilepaskan. Hah Legaaaa...


1 comment:

nad said...

Legaaa sket ye wan :)