Pernah dengar kisah ibu bapa serang cikgu yang paksa anak mereka siapkan latihan kerja sekolah. Tapi tak terfikir pula sampai ke tahap ibu bapa yang buat permohonan gugurkan terus subjek Islam dalam kurikulum sekolah anak-anak. Lagi sedih seawal UPSR dan PMR lagi dah diminta mansuhkan subjek ni. Dunia akhir zaman... Rasa sedih dan kecewa dengan tahap mentaliti emak bapak macam ni. Dan aku tak nafikan, kes-kes seumpama ni bukan atas permintaan dari golongan sederhana, tapi peringkat ibu bapa yang berjawatan tinggi. Yang mementingkan kehendak duniawi anak-anak dari membimbing mereka mengikut syariat Islam.
Dulu mak bapa kita siap paksa lagi anak-anak pergi ke dua sekolah setiap hari. Pagi ke sekolah kebangsaan, petangnya pula masuk kelas agama. Penat ke tak suka ke, anak-anak wajib pergi juga ke dua sekolah tu dari isnin sampai jumaat. Kalau hari sabtu ada kelas tambahan, kena pergi juga. Takde soal jawab, takde rayuan di terima. Peraturan tetap peraturan, dari kecik dah diasuh perlu patuhi peraturan yang ditetapkan pihak sekolah.
Teringat masa zaman sekolah dulu, aku belajar kat sekolah agama Kampung Baru. Nak pergi sekolah tu dari kuarters Hospital Kuala Lumpur ke kelas tu memang agak berpeluh juga nak sampai. Tapi budak-budak zaman dulu memang tabah. Jauh ke dekat ke, berjalan kakilah nak ke sekolah. Takdenya nak turun naik motor, kereta dihantar ibu bapa macam zaman sekarang. Walaupun jalan sorang diri, tetap rasa selamat sebab kurang kes-kes jenayah masa tu.
Menariknya yuran sekolah agama kecik je. Ibu bapa langsung tak merungut soal nak keluarkan duit belajar untuk anak-anak. Sebab tahu itulah tiket untuk membentuk sahsiah dan akhlak anak2 sejak kecil. Ustaz dan ustazah yang mengajar, meskipun ada yang garang, dan ada yang jenis lemah lembut, tapi takde sorang pun ditentang anak-anak murid. Ibu bapa apatah lagi. Kalau balik anak mengadu kena marah dengan cikgu, bukan mak bapak kita nak bela kita. Kita lagi dibalunnya. Tentu-tentu anak sendiri yang buat salah sampai kena marah dengan cikgu. Jauh beza mentaliti ibu bapa zaman dulu dan sekarang.
Berborak dengan rakan sepejabat tadi, dia kongsikan pengalaman zaman sekolah dia sekitar tahun 80-an dulu. Ada seorang PPD wanita paksa pihak sekolah penuhi kehendaknya supaya kedua-dua anaknya dikecualikan dari pakai tudung di sekolah! Katanya dia tak suka tengok anak-anak perempuannya bertudung. Sanggup tengok anaknya diALIENkan di sekolah. Sedang murid-murid lain patuh elok je dengan peraturan, yang berdua itu perlu ikut kehendak nafsu si emak. PPD tu! Orang berpangkat besar, bukan cuma ibu bapa berpelajaran rendah. Bila bercakap pun mesti selang speaking pasar London. Tapi tahap pemikiran jauh ketinggalan. Pihak sekolah suruh anaknya berpindah ke sekolah lain, kalau tak nak ikut peraturan yang ditetapkan. Wanita tu dengan berlagak marah-marahkan guru besar. Siap cakap pejabatnya dekat saja dengan sekolah tu, takkan nak hantar anak-anaknya bersekolah jauh? Pelik kan. Kehendak dia saja perlu dipatuhi, peraturan yang termaktub oleh pihak sekolah sengaja dia sisihkan. Yang bertambah haru, ada je anak orang putih beragama islam tak demand pun nak buka tudung.
Itu kisah 80-an, kes-kes terpencil yang jarang-jarang berlalu pada masa tu. Tapi zaman sekarang? Macam-macam boleh terjadi. Malah para ibu bapa buat pakatan pula buat permohonan beramai-ramai agar Pendidikan Islam terus dimansuhkan dari subjek penting di sekolah. Tak perlu ada peperiksaan Pendidikan Islam. Takut membebankan anak-anak. Takut dek kerana satu subjek itu saja, keputusan peperiksaan anak tak cantik? Tak straight A! Ha... Hahah! Tergelak aku dengan alasan plastik tersebut. Kalau subjek lain boleh score A+++++, macam mana pula subjek agama tak boleh nak tackle kan? Logiklah sikit. Kalau tak nak subjek agama, lain kali dalam surat beranak, dalam kad pengenalan anak tu jangan letak agama islam. Letak je tanpa agama. Orang dah tak boleh nak pertikaikan status keagamaan anak anda. Walaupun anak anda jenis muka melayu sejati, makan budu dan sambal tempoyak berulamkan petai. Oh tidak, orang standart tinggi tak makan itu semua. Lupa pulak :P
Kalau ikutkan permohonan ibu bapa tu, student SPM perlu pula ambil mata pelajaran Pendidikan Islam. Pada aku kalau dah peringkat usia macam tu baru nak terapkan pasal agama, memang dah agak ketinggalanlah. Seawal usia 7 tahun lagi kita dah diwajibkan belajar solat. Kalau nak tunggu usia 17 tahun baru nak mengenal agama, APA NAK JADI????? Silap-silap huruf Ba dan Ta pun tak reti nak beza. Tengok kartun kat bawah rasanya macam menjelaskan fenomena yang mungkin terjadi jika permohonan itu diterima.
Bak kata pepatah, Melentur buluh biar dari rebungnya. Dari kecillah kita perlu asuh anak-anak cintakan agama. Aku harap aku tak akan berubah hati dari turut menjadi macam orang moden/mewah/kaya/berpangkat tapi berfikiran kolot macam ibu bapa yang pentingkan diri ni. Insya'allah...
6 comments:
betol...setuju....
kengkadang kalo meeting kurikulum amat terasa sangat bila subjek PI yang tak masuk UPSR tu diambil enteng.. Pentadbir & cikgu2 lain lebih mementingkan 5A dr murid tahu PI.....Sedih~
Sistem belajar sekarang xsama mcm dulu. Lagi canggih dan moden lagi yang perlu diutamakan makin disisihkan. Nauzubillah....
sangat setuju ngan wan, kdg-kdg kita kena sedar diri, ilmu agama sebesar hama, jadi lebih baik kita serahkan kepada yang pakar untuk mengajar anak-anak kita.
k long
Syukurlah permohonan dorang ditolak oleh Kementerian Pelajaaran. Kalau dorang tak nak subjek anak dorang drop hanya kerana Pendidikan Islam ni, carilah solution nak atasi masalah gagal tu. Masukkan ke kelas agama ke, hendak 1000 daya, tak hendak mcm ni la permintaan mereka :(
dunia akhir zaman
hai.. salam kenal,
follower no.943
done follow sini,
jom follow teman yea..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
Post a Comment