Semalam aku ada cerita buat dekorasi raya untuk majlis jamuan raya Bahagian. Harini nak kongsikan perjalanan kerja dan hasilnya. Peh, kalau jiwa tak kental memang aku drop je kerja tu. Semua kerja last minit. Letih giler kot buat sorang-sorang dalam pada kerja-kerja lain pun perlu dibereskan sama. So aku cuma berharap geng-geng wanita lain tak kecik hati la aku tak membantu sangat kat dapur. Kerja mak-mak, anak-anak dara tu serah kat merekalah yang ramai tu. Sementelah aku sorang je kena tackle kerja buruh paksa ni hahha... Paksa rela juga sebenarnya. Sebab memang rasa puas hati bila tengok hasil kerja siap dipamerkan.
Semalam sampai jam mencecah pukul 7 petang baru bergerak balik. Kena siapkan backdrop dan poster pula. Itu pun nyaris tinggal aku sorang kat pejabat. Sempat aku jerit kat PA kat opis minta jangan tutup lampu dan tolong aku bereskan backdrop raya. Boleh tengok design tu kat gambar no.3 dalam entry ni. Sorry tak clear sangat. Lupa nak amik gambar jarak dekat. Bila nak balik baru aku perasan kat Dolly female ada bunga di tangan. Hehe... romantika gitu auranya.
Pagi ni aku cepat-cepat on komputer nak print dolly male ni. Seperti yang kujanjikan. Dolly lelaki berbaju melayu. Sempat siapkan sebelum jam 11 pagi tadi. Gigih buat sorang-sorang kat bilik grafik dalam pada geng-geng sekerja wanita lain pakat-pakat sibuk di dapur. Aku terkebil-kebil menempek dan memotong foam board demi nak realisasikan idea couple standee ni. Kali ni rasa lebih lancar sebab dah faham kaedahnya. Dan sebelum melangkah ke bahagian depan, member minta buatkan menu makanan. Pantas patah balik ke bilik dan copy paste lukisan terdahulu, ubah sana sini sikit dan print. Hasilnya... walla! Pameran makanan pun tersedia sudah.
Hasilnya kat gambar atas. Couple penyambut tetamu. Mula-mula letak bingkai standee pennant macam dolly female kat atas sekali tu. Tup-tup tah sapa punya idea, lekat saja kat pintu pejabat. Hmmm... ok lah, janji bendanya siap dipamerkan. Baru dapat snap-snap gambar lewat petang sikit sementelah waktu pagi dan tengah hari tadi orang sibuk berkerumun juadah raya yang gila-gila banyak dan sedapnya.
Aliya Damia jadi model, terpaksa mommy bawa Mia ke pejabat harini. Pertama: sebab Damia demam, aku tak sampai hati nak tinggalkan kat taska dia yang sejuk sangat tu. Kedua: kerana ayahnya berkursus. Meskipun dekat je tapi takkan nak bawa anak pergi kursus kan. Ketiganya: babysitter Damia selama 2 hari lepas yakni adik aku pergi interview. Semoga berjaya Teng! Kesimpulannya memang berbaloi bawa budak demam ni. Sebab puas dia menggodeh bilik kerja mommy macam sarang hamster jadinya. Tq Mia huhuhu... Siap jumpa BFF baru lagi aka anak opismate hehe...
No comments:
Post a Comment