Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, August 29, 2013

Dolly Standee ie POP UP


Tengah buat design dekorasi raya untuk event Bahagian. Ini baru permulaan. Pop up dolly/kartun raya. Dolly ni nanti akan diletakkan di muka pintu sebagai penyambut tetamu. So kalau tetamu jemputan datang tak payah dah nak dijemput-jemput, dolly ni sebagai pengganti diri. Hahahha... Lepas ni boleh terfikir nak buat idea macam ni untuk majlis kenduri kawin pulak kot haha... Kiranya idea dekorasi raya ni pertama kali dorang laksanakan di sini. Saja aku cadangkan buat deko-deko raya, nak kasi meriah dan ceria. Apa guna ada pereka kalau hiasan pejabat dull saja kan. Sebenarnya sendiri bagi cadangan, sendiri yang buat tekanan. 

Mula-mula aku dah cadangkan tema pink/purple. So warna berry purple ni kira match la dengan tema. Sekali dorang buat perbincangan, takde tema pula. Buat warna rampai yakni warna warni aidilfitri. huhuhu... Takpelah, warna-warni pun bagus juga. Baru ada aura ceria.

Rasa tertekan jugak sebab semua benda sekelepuk kena handle sendiri. Bab-bab design la khususnya. Tapi yang rasa beshnya, aku memang suka lukis dolly/kartun ni. Puas hati dapat godek-godek. Part seksanya, aku memang spesis tak suka lukis lelaki. Ishkk... Rasa macam banyak tak kena je dolly lelaki aku ni. Desperado punya kes, proceed sajalah. Sendiri buat sendiri proceed. 

Boss ok, bagi kepercayaan penuh aku uruskan semua sendiri. Myb sebab dia pun tahu yang aku ni memang jenis cerewet bab-bab perfectionist ni ~ Letih sikit kenangkan banyak lagi projek kerja ongoing ni. 

4 comments:

Ct LiShamar said...

comel

Airis Arissa said...

dtg sini mesti cuci mata lukisan2 wan :)

Wansteddy Tales said...

Tima kasih cik CT ^^

Wansteddy Tales said...

Tima kasih airis... Lukisan comot2 saya, kdg2 asal buat je sbb kejarkn masa kiki