Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, August 19, 2013

Lukisan lamaku ~ Elemen 1malaysia


Terima email dari kawan yang prihatin. Katanya ada terjumpa sebuah lukisan yang sebijik stroke lukisan aku. Dia syak ada orang copycat gaya lukisan aku tu. Bila aku tengok gambar tu, la..... rupa-rupanya lukisan aku sendiri la. Hahhaah... Aku lukis lukisan ni untuk terbitan buku mewarna Jabatan Penerangan Malaysia. Dah bertahun dulu lamanya. Sampai aku pun dah lupa pasal lukisan tu. 

Memang lukisan ni boleh di google. Kalau kita taip pertandingan mewarna memang sedia terpampang imej lukisan ni. Dalam pada tu aku rasa terharu juga. Sebab memang aku sendiri jenis sayang apa saja koleksi lukisan sendiri. Nak-nak jumpa pula lukisan yang tah pergi ke mana lukisan asalnya. Kena selongkar almari dan folder-folder lama.

Nampak juga beberapa keping lukisan aku yang lain diupload sama. Ada kemungkinan cikgu-cikgu yang dapat buku tu dari pertandingan mewarna anjuran Jabatan Penerangan, scan dan terbitkan dalam laman web, blog atau mana-mana saluran online lain. Sebab tu kita boleh tengok lukisan-lukisan lama aku tu. Aku sendiri bila tengok balik, rasa segan pula. Nampak sangat banyak bezanya stroke lukisan lama dan sekarang ni. 

Ada juga lukisan kanak-kanak yang cuba tiru stroke lukisan aku. Aku tak kisah pun. Sebab masa aku kecik dulu pun aku selalu rujuk lukisan kartun-kartun dalam majalah dan surat khabar jadi rujukan cara melukis. Makin kita lukis, makin berbeza cara lukisan kita. Yang penting kerap berlatih. Sebab dari latihan la kita boleh perkembangkan bakat, minat dan kemahiran kita. Masa kecik-kecik dulu aku suka tiru gaya lukisan mangaka Jepun yang popular dengan manga Dragon Ball. Akira Toriyama. Tapi aku lebih suka tiru lukisan dalam manga Dr. Slump hasil lukisan beliau. Lebih comel. Lukisan Dragon Ball tu ada jugak scene yang comel. Cuma banyakkan elemen ganas la. So kalau nak senang aku rujuk lukisan dalam manga Dr. Slump je. 
Semua koleksi dia aku simpan tau. Pastu bila dah kerja kat Kuala Lumpur dulu, mak tengok buku tu menyemakkan almari buku dia. Dengan suka hatinya beliau membakar SEMUA koleksi buku yang bersusah payah giler aku dok kumpul keluaran demi keluaran tu.... Sob sob sob.... Mak kata buku komik tu takde faedah. Tapi pada aku, dari buku-buku komik, manga, anime, lukisan dan lain-lain subjek lukisan ni la yang boleh mengembangkan idea kita. Nak-nak zaman tu kita jarang online. Susah nak online pun benarnya. Zaman sekarang senang. Google je kat iPhone, iPad, Samsung tab blablabla pum keluarlah segala bentuk rujukan lukisan yang kita nak. Rajin atau Malas je.... 

Aku akan cuba cari lukisan-lukisan lama aku. KALAU rajin. Sebab nak scan balik satu persatu macam la rajin sangat kan haha... 

Kalau ada geng yang terjumpa lukisan stroke mata bulat-bulat, shining-shining macam kat atas tu, yep, myb tu lukisan aku. Aku suka je kalau orang bagitau, at least boleh membangkitkan memori lama buat lukisan tu. Dan memang ada lukisan lama aku yang dah takde dalam simpanan lagi sobsobsob... Thanx sudi inform tadi yeh ;)

Hari ni dapat 2 email wakil dari sekolah dan persatuan mohon Lukisan Wansteddy untuk pertandingan Mewarna. Nak dekat musim kemerdekaan ni memang lukisan ni sangat laris. Terima kasih pada yang sudi pm dan email mohon cara baik salinan asal lukisan tu. Insya'allah akan dibalas satu persatu sesegera yang boleh :)

7 comments:

Rinihafzah abdul rahim said...

cantik lukisan2 di blog akak ni saya suka :)

jom BlogWalking ke blog saya http://rinnran.blogspot.com :)

Wansteddy Tales said...

Rinihafzah abdul rahim ~ Tq Rini. Dah lama tak buat drawing by hand. Selalunya buat conteng2 je ^^

jue said...

salam..boleh tak kalau saya nak guna picture kartun ni tok pelajar sekolah saya?

jue said...

salam..leh tak saya gunakan picture ni tok pelajar saya?

jue said...

salam..leh tak saya gunakan picture ni tok pelajar saya?

Anonymous said...

assalamualaikum.. saya mengharapkan jasa baik saudari untuk menghantar gambar lukisan ini. saya ingin menggunakan dalam hari pembukaan sekolah melayu bertempat di united kingdom.. fatihahazhar@ymail.com

no ONe but mE said...

slm..blh tak sy nk lukisan ni ..huhu
shaxanna@gmaiil.com

trima ksih bnyk