Nuffnang

Followers

Tuesday, August 20, 2013

Permintaan buat lukisan baru


Terima email mohon lukisan baru. Hm... Kalaulah aku rajin dan banyak kesempatan masa mesti nak buat juga. Tapi aku selalu rasa kesuntukan masa. Nak uruskan bab kerja lagi, contest lagi, bisnes lagi, famili lagi. Kadang-kadang aku betul-betul kena bahagikan masa. Siang selesaikan urusan kerja di pejabat. Malamnya pula berselang seli bahagi masa selesaikan kerja-kerja hobi pula. Jarang-jarang dapat uruskan bab hobi di pejabat sementelah kat pejabat baru ni kerja memang jenis banyak dan berterusan.


Insya'allah... jika ada kesempatan, aku akan buat lukisan baru. Dan jika ada yang berminat aku akan buka lagi untuk kegunaan orang ramai. Macam biasa, nak dapatkan salinan lukisan dengan kualiti yang  lebih baik, mestilah hubungi aku dulu. Tak kisahlah nak komen melalui blog atau email je. Lebih elok email la. Aku ni bila malas nak buka blog, maunya berminggu gak blog ni bersawang. Sejak bila keinginan nak menulis blog ni kian menipis tak taulah...


Buat sementara hanya lukisan  Lukisan Wansteddy untuk pertandingan Mewarna   ini sajalah mampu aku sediakan. Maaf ye pada yang mohon lukisan baru tadi. Saya harap lukisan yang sedia ada ni boleh digunakan untuk pertandingan mewarna di tempat cik ;) 

Nantikan lukisan dari aku akan datang. 
Tu pun kalau sindrom M (malas) ni berjaya diatasi.
Berangan-angan dulu, tak salah...kan? 
Kikiki....

No comments: