Nuffnang

Friday, September 6, 2013

Enjoy Shopping Spree bersama Air Wick!

Alhamdulillah selesai sudah acara shopping spree bersama Air Wick di Giant Kelana Jaya. Hakak kau tak sempat nak menari balet sambil mencapai apa yang patut untuk disumbat dalam troli. Sebaliknya aku gigihlah berlarian dengan muka separa ganas beraksi sengit bagaikan Watson Nyambek ke garisan penamat! Mujurlah PIC tak rakam aksi peserta ambik barang kat rak, kot tak gerenti anak sendiri pun tak cam muka mommy! hahaha....

Kenalan geng contest yang superb Awsem! Dari kiri Ana (1st time kita jumpa kan Ana), Devi (Ratu travel contest, pun baru 1st time bertemu muka), Kak Ayu dan Kak Suzi (Keduanya ratu slogan contest, dah jumpa beberapa kali untuk event-event prize giving) dan aku (muka skema sikit). Muka-muka yang sungguh berpuas hati setelah pelbagai barang-barangan selamat dimiliki. Syukur... Acara bermula seawal jam 8 pagi tapi ditunda ke jam 9 pagi. Lepas tu Ms Teo yang comel tu siap bagi penerangan peserta cuma layak ambil pelbagai barangan di dalam Giant, kecuali barangan elektrik. Jumlah keseluruhan yang boleh diambil sebanyak RM1500! Wahahaha... Happy giler. Cumanya amaun sebanyak tu hanya boleh dibelanjakan dengan sebuah troli. Masa ambil-ambil barang atas rak tu memang sendat macam sardin troli memasing. Tapi bila dah bayar pecah ke dua bahagian. Guna 2 troli, baru boleh bernafas barang-barang tu.

Nah... gambar SEBELUM membayar. Aku jadi peserta ketiga. So masa Kak Suzi dan Ana sibuk menyumbat barang, kami yang lain sempatlah pusing kat bahagian terdekat dalam giant. Survey barang nak ambil bila sampai turn kami. Kelakarnya, masa giliran aku, aku tak sedar pun tau. Abang kepada kawan aku, dah ready pegang troli nak kejarkan masa. Aku boleh tertoleh-toleh kiri kanan tengok comper lain dengan troli penuh barang memasing. Bila PIC tiup wisel, menggagau hakak kau ni cari pemegang troli dan berdezupp lari macam tak jejak tanah! Perkara pertama terlintas dalam kepala set cadar dan toto ni khas untuk pengantin nanti. Pastu di rak yang berdekatan aku rembat langsir untuk bilik pengantin. Barulah ambil langsir untuk rumah sendiri. Pastu rembat 2 biji bantal empuk. Cadangnya nak ambil 4 biji. Tapi tak muat nak sumbat dalam troli. Yang 2 tu saja cukup menyendatkan keadaan. Alhamdulillah, itulah antara grand wishlist aku yang tercapai....

Antara barang-barang yang selamat aku capai. Total semua lebih kurang 20 jenis item. Sangat fix pada item-item tertentu saja sebab majoriti barangan ni khas diangkut pulang untuk kenduri adik minggu depan. Kebanyakan barang dapur hanyalah jajan untuk dibuat goodies. Coklat Forrero Rocher 4 pek khas untuk hantaran. Siap aku pesan kat teman-teman seperjuangan, "Mohon bagi laluan... wan nak buat hantaran." hahaha... Semua pun faham. Aku pun mengusik je, lagipun banyak tu stok coklat tu kat dalam rak. Aku sempat gapai 6 pek. Tapi cuma 4 pek berjaya dibeli sebab terlebih bajet. Amik... ngam-ngam ikut plan asal.

Pendek kata event kali ni memang happening giler. Dapat pula geng kaki comper yang besh dan superb extrem. Kaki kejung toksah nak cakap. Silap tak buat warm up awal-awal. Dengan perut berkeroncong sakan lagi sebab tak diisi. Memang thrill! Kepuasannya... bila ada saja barang yang dihajatkan berjaya dipenuhi. 

Perlu berterima kasih pada kenalan yang banyak membantu merealisasikan impianku kali ni. Kami sekeluarga dengan besar hati mengucapkan ribuan terima kasih pada anda dan Air Wick! 

Jimat belanja keluarga. Alhamdulillah.... Syukur nikmat!


8 comments:

Devi da Lil' DeviL said...

wah siap ambik airwick..hehehe..best kan..thrill giler..nice meeting u too :) ratu siggy..heheee

Wansteddy Tales said...

Ehem2... Air wick tu khas untuk bilik pengantin ye Devi... notty punya kakak ipar hehehe

AyuArjuna BiGoshh said...

suka betul ai ngan cadar putih u tu wan hehehe

Hafiizh said...

best..best..dapat shopping freeee...nak2 brang yg diidam dapat di'grab'..hihi..

tahniah wan...:-)

Wansteddy Tales said...

Kak Ayu, saya akan simpan sampai masa anak kita punya kenduri ye heheeh

Wansteddy Tales said...

terima kasih hafiizh, mmg rasa xsangka dpt juga penuhi brg keperluan tu. mcm magik je rasa ^^

anak Wan Salleh said...

wow!! seronoknya dapat shopping sampai kejung :D

Wak Gelas™ said...

tahniah kak..,ehHee