Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, September 10, 2013

Kenduri, Famili, Kerja Hakiki dan Contest. Terpaksa DROP yang last tu.... Urghhh....


Masuk pejabat selesaikan segala macam mak nenek kerja haikiki.
Balik rumah fokus pasal kenduri adik.

Untuk 2 minggu ni hobi dan pendapatan sampinganku yakni kerja contest memang kena ditangguhkan SEMUANYA! Bagi comper yang agak aktif dan agak tegar. Agak je la... aku tak mengaku aku sangat taksub sebab peluang nak handle projek contest 24 jam sehari memang tak mampu. Belum capai ke tahap itu. Cumanya untuk menjadi comper aktif, at least boleh join 2,3 jenis contest sehari. Atau pun aku spend masa seharian selang sehari dua untuk selesaikan semua kerja-kerja contest. Selalu terpaksa curi-curi masa je join contest ni. 

Pengurusan MASA adalah cabaran paling utama. Memang, kadang-kadang sampai tahap hilang sabar juga. Mana nak urus hal kerja, hal keluarga, hal kenduri, hal lain-lain yang kadang tu terselit-selit menambahkan asam garam kekalutan. Aku pun manusia biasa... Bukan robot boleh straight fikir yang itu dan dan tu siap yang itu. Untuk atasi masalah demi masalah yang boleh timbul ni, perlulah beralah. Takde lain yang boleh aku gugurkan kerja-kerja contestlah. Dua minggu cukup lamaaaa tu bagi aku, sobsobsob... Sambil kesat air mata sambil kuis-kuis dinding....

Takpe, yang penting aku kena laksanakan mana yang perlu diutamakan buat masa ni. Cumanya tak bolehlah aku sorang-sorang je kena fikir dan laksanakan. Kena sama-sama bagi kerjasama. Baik dari pihak kawan pejabat dan keluarga. Sebab kalau sorang-sorang je kena urus semua.... BOTAK kepala hakak! 

Ok selesai luahkan perasaan. Nanti ada masa aku update perjalanan kerja. Apa projek kenduri yang aku usahakan yang asyik-asyiklah aku cakap banyak kerja tu kan. Cakap je tak guna. Bagi korang tengok jenis kerja aku tu, baru tau gigih tak gigih hakak kau ni. 

Ok bai, sambung hal kerja pejabat dulu.