Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, September 19, 2013

My first winning PANDORA

Semalam lepas kes emo-emo tu, aku tak sedar pun ada email baru masuk. Dah balik rumah, lepas solat, baru terfikir nak semak email kat henpon. Memang dah jadi kelaziman aku semak henpon, hari-hari. Kerap sekali aku cek email. Sebab aku nak buang email-email berbentuk spam yang tak sudah-sudah menyesakkan inbox tu. 

Tup-tup dapat email yang ini dari Blu Inc. Dari mood piutttttttttt~ (sebab emo-emo semalam tu) terus kepada bombomCHAbombomCHA! mood. Hhahaha.... Inilah isi kandungan email. Mau tak berjoget hakak kau... RM547 untuk gelang Pandora seperti di atas nun. Hmmmm... mahal. Tapi berbaloi kalau ianya bling-bling idaman.

Sebelum-sebelum ni kan... Memang aku jenis pandang dari balik jendela PANDORA je la. Mahal kot sebijik batu je pun. Bila tengok member-member beli Pandora, menang Pandora, pakai Pandora, aku pandang sepi je. Tidaklah kemaruk nakkan sangat. Sebab TAHU, aku ni memang jenis berkira sikit nak beli harta untuk diri sendiri. Ye tak ye pun duit tu aku laburkan untuk keluarga. Harapkan menang sana sini je la nak merasa pakai benda-benda alah yang mahal-mahal macam ni kan. 

Syukurlah... hobi menjana ekonomi. Alhamdulillah... akhirnya merasalah jugak nak memakaikan Pandora! Pehni bukan takat lalu depan kedai jelah. Boleh dah masuk kedai sambil survey-survey biji Pandora, sambil pakai gelangnya sekali. Kehkehkeh... Nawaitu tu... Mengharapkan suamiku ada masa free, boleh redeem p amik my 1st Pandora :)


2 comments:

lea yana@Dr.Nur Liyana said...

Hihi..klaka la akk ni..congratz..alhmdulillah moga lg byk bsyukur lg byk Allah bg kt akk..amin3 :) lpas ni never ever giv up ok! :)

Wansteddy Tales said...

Trimas Dik Lea. Mood agak merudum nk start enjin join cnts semula skrg ni. Dok kutip2 je la kot ada menang usaha2 terdahulu ;)