Gambar ini digoogle. Aku takde kucing nak dijadikan mangsa modelling
kisah-kisah tragik aku. Dan lagi, perjalanan cerita entry ini mungkin
tersasar sedikit dari tajuk entry. Aku merumuskan peranan individu
terbabit pada tajuk entry. Dan isi kandungannya pula lebih mensasarkan
luahan hati sendiri. Sinopsis pun dah cukup panjang dan mengantukkan.
Agak skema ayat-ayatku malam ini. Huh!
Sebenarnya kat mana-mana pun akan ada spesis macam ni. Dari zaman kita kanak-kanak. Masuk alam sekolah, remaja hinggalah ke alam kerja. Jadi bila kita kemukakan masalah kita sebagai contoh, rasa kena sabotaj dengan rakan sekerja. Bengang bila kena umpat, kutuk, fitnah di belakang. Yelah, jarang sekali manusia ni nak bersikap terbuka dan kutuk depan-depan. Yang buruk-buruk tu biasanya disimpan untuk dijaja kemudian-kemudian.
Justeru bila aku pun hadapi situasi yang sama, maka terkedulah diriku juga. Bila terkena macam ni, spontan kepala kita memproses asas logik. Kenapa kita diperlakukan begini? Apa salah kita? Macam mana nak atasi masalah ni? Dan 1001 macam lagi keresahan yang berlegar di kepala. Menjurus kita ke arah tekanan dan tahap kualiti kerja kita pun menjunam. Semua tu penangan impak negatif yang kita terima. Siapa suka diperkecilkan, disisihkan, dikritik dan sebagainya yang buruk-buruk, betul tak?
Kalau boleh hidup kita ni nak merasa bahagia dan ceriaaaa je sepanjang masa. Nak semua orang suka kita. Nak semua orang hormat kita. Nak semua orang terima kita seadanya dan sepenuhnya. Tanpa sedar kita sendiri pun terlalu alpa padaNYA. Sekali DIA jentik kita dengan situasi genting macam di atas. Barulah terhegeh-hegeh mencari Tuhan. Itu fitrah manusia. Aku pun tak terkecuali. Hipokritlah aku jika tidak mengiyakan. Aku pun bukan kebal dari melakukan kesalahan. Sama ada kesalahan tu memang sengaja atau langsung tak sedar telah kita lakukan. Jadi muhasabahlah diri. Jangan tuding jari cari kesalahan orang lain saja.
Kalau boleh hidup kita ni nak merasa bahagia dan ceriaaaa je sepanjang masa. Nak semua orang suka kita. Nak semua orang hormat kita. Nak semua orang terima kita seadanya dan sepenuhnya. Tanpa sedar kita sendiri pun terlalu alpa padaNYA. Sekali DIA jentik kita dengan situasi genting macam di atas. Barulah terhegeh-hegeh mencari Tuhan. Itu fitrah manusia. Aku pun tak terkecuali. Hipokritlah aku jika tidak mengiyakan. Aku pun bukan kebal dari melakukan kesalahan. Sama ada kesalahan tu memang sengaja atau langsung tak sedar telah kita lakukan. Jadi muhasabahlah diri. Jangan tuding jari cari kesalahan orang lain saja.
Mukadimah panjang, tapi aku masih berdolak dalik nak bercerita pokok pangkal cerita, ya dak? Hehe... Memang, aku rasa macam tak perlu nak tulis. Rasa macam bersalah diri bila nak menceritakan aib orang. Meskipun orang yang aku maksudkan tu memang jenis tak reti nak jaga hati orang. Namun dia pun punya perasaan yang sama. Tidak rela dilukai. Jika tidak, masakan dia boleh tersentap sakan minggu ni. Biarlah, biarkan dia dengan dunianya. Pada aku, tak ada benda yang perlu aku pertikaikan jika itu pilihan dia. Lagipun dia lebih tua dari aku. Jangan kerana pangkat kakaknya aku perlu tunduk patuh atas segala katanya. Kena ingat, status kita.
Dan aku pula memang jenis 'pemalu' nak berkira soal pangkat dan status ni. Kalaupun aku penyelia, aku tak anggap pun orang yang pangkat di bawah tu orang rendah-rendah. Aku anggap kawan. Sebab kita nak bekerjasama buat kerja di pejabat. Realitinya ada jugak orang bawah yang pandang rendah kat orang atasnya. Kat mana-mana pun ada jenis ni kan. Ego. Berbalik isu tadi, mana boleh urus kerja sorang-sorang. Melainkan dah memang tugas tu hanya kita je boleh handle. Macam situasi aku sekarang. Tugasan grafik memang humban kat aku sorang je. Terbeban? Memanglah. Mustahil tak stress bila longgokan kerja masuk dan masuk, ditambah lagi dengan tekanan perasaan. Sebab tu aku nak suasana kerja ceria. Takde berkira soal pangkat ke hapa. Buat kerja bersama, lebih ceria. Tapi, bila aku tak ambil kisah, janganlah pula ambil kesempatan hingga pijak kepala. Cukup-cukuplah memburukkan orang. Hari ini kita burukkan orang lain. Esok lusa sampai giliran kita pula diaibkan pihak lain. Kena ingat tu. Karma, orang kata. Pada aku hukum Allah belaka. Dia nk uji, macam-macam cara dia bagi. Tidak diujinya pada kita. Keluarga dan kerjaya kita pula jadi mangsa.
Kalau ada yang pincang, bawalah berbincang. Bukan dengan menelan sendiri dan humbankan kemarahan tu dengan menghasut orang lain. Orang menilai kita dari perlakuan kita. Bila kata-kata kita ni tak seiring dengan tingkah laku orang yang kita umpat tu. Orang lain akan sangsi. Kat situ orang akan terfikir nak tanya, pihak mana yang sebenarnya mangsa keadaan ni? Logik akal akan merumuskan situasi. Bergantung pada situasi. Ada kalanya makan sehari dua, untuk kes aku lebih sebulan.
Bohonglah kata aku tak sedih dan marah. Aku ralat. Tapi kalaulah kata-kata boleh menyelesaikan masalah. Aku akan gunakan pilihan tu. Tapi ini soal sikap. Soal hati. Jika rasa nak berterusan begini, teruskanlah. Yang aku utamakan. Soal kerja usah campur dengan hati dan perasaan. Be professional. Kan awak tu lebih tua, lebih senior dari kita. Jadi gunakanlah kepintaran akal matang tu untuk bertindak sewajarnya. Jangan dek kerana ketidakpuasan hati, langsung menolak nak bekerjasama. Ingat, orang lain memerhati sikap kita.
Dah lama aku tak bual-bual kosong panjang lebar beginikan. Sekali sekala nak luahkan perasaan di blog. Bagi yang masih tertanya-tanya. Ini soal kerja. Dan aku sebenarnya suka kerja di sini. Aku bebas luahkan idea kreatif di sini tanpa halangan. Namun dalam pada tu aku perlu juga hadapi situasi tegang melibatkan staff. Sorang je pun.
Masih terkial-kial memikirkan cara berbaik sebab aku sendiri tak pasti apa kesalahan daku pada dia. Kalau akukutip-kutip kesalahan yang dibuatnya pada aku memang banyak. Tapi jenis aku ni selalu kata "Ah, let go jelah... ah, abaikan jelah.... Esok-esok oklah..." Dan sebenarnya aku silap. Tak semua manusia boleh terima situasi bertangguh. Bila dia terkucil, cepat-cepatlah tarik semula. Malangnya sikap aku yang acuh tak acuh tu mungkin melukai hati.
Perlu memahami hati mereka, sedangkan hati kita pun mereka tak jaga. So, aku fikir "Let go jelah...." (akan masalah ini).
No comments:
Post a Comment