Nuffnang

Followers

Friday, April 4, 2014

Hari Ulang Tahun Perkahwinan ke~38 Tahun. Yang terakhir diraikan bersama Abah tersayang

Bulan Jun tahun lepas adalah kali terakhir kami raikan hari Ulang Tahun Perkahwinan emak dan abah. Ulang tahun yang ke~ 38 tahun jika tak salah anggaran aku. Sayang masa tu tak semua anak-anak mak abah dapat raikan bersama. Kebetulan mak abah datang Kuala Lumpur, tidur di rumah aku. Jadinya di sinilah kami raikan. 

Dan manisnya kebetulan juga mak mertua dari Sabah pun ada bersama. Walau tak ramai, tapi rasa meriah dan ceria je nak-nak dengan gelagat abah yang kena melayan kaletah cucunya Mek Mia tu.

Abah nak tiup lilin, yang cucu pun ikut nak interframe hehe... Sepatutnya tiup dengan mak. Tapi mak tak sporting, malu-malu kucing agaknya hehe...

Mak dan abah bergaya sempoi. Jangan tak tahu ye mak dan abah ni zaman muda belia dulu kira ikon fesyen kat kampung dulu. Kebaya ketat, seluar ketat ala Kpop atau seluar besar labuh di bawah tu memang trend semasalah di tahun 70-an dan 80-an dulu. Teringin nak tengok dorang gayakan semula pakaian fesyen lama tu hehe...

Walaupun kenangan tu jadi kali terakhir kami raikan hari ulang tahun perkahwinan mak abah. Insya'allah, walau abah dah takde, kami tetapkan buat sebagai memperingati hari perkahwinan mak abah. Doa selamat sentiasa dititipkan. Perginya abah tidak menoktahkan segalanya, apatah lagi abah sememangnya bertuah, dikurniakan isteri sejati yang sangat setia walaupun abah telah tiada. 

Terharu rasanya. Mak memang berat nak berlama-lamaan di Putrajaya. Rasa jauh dari abah katanya. Setiap khamis atau hari minggu emak pasti ke kuburan abah. Melawat dan mensedekahkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran semoga roh abah tenteram di alam sana, amin...



No comments: