Nuffnang

Followers

Monday, April 7, 2014

Majlis Perkahwinan EllyEkin Part I ~ Rekabentuk grafik dan cetakan

Dah lama nak muatkan cerita mengenai hari perkahwinan adik bongsuku, Elly. Tapi dek kerana masa terhad. Dan kesukaran nak buat entry baru bila blog kena block, lama tertangguh hajat yang satu ini. Berkongsi hasil kerja tangan sendiri untuk majlis perkahwinan adik. 

Pendek kata apa sahaja kerja-kerja renyah, design, deco hantaran, bahkan make up pengantin lelaki pun aku yang buat. Segalanya jadi serba mengejut kerana jarak masa yang terhad. Namun kerana berkat restu mak dan abah (aku percaya yang ini), majlis berjalan lancar. Malah kelancarannya agak mengejutkan apatah  lagi bila mendapat bantuan yang tak disangka dari beberapa pihak. Saudara dan rakan amnya. Walaupun sungguh letih. Tapi hasilnya sangat memuaskan hati. Nak-nak pula aku jenis orang yang cerewet dan suka detail. Maka benda-benda sekecil-kecil perkara pun mak andam bidan terjun ni sibuk nak fikirkan. Sudahnya stress sorang-sorang. 

Itulah bila projek bikin last minit. Kalau dirancang awal pun, tapi dah jadi tabiat aku selesaikan pada saat akhir, sama juga keputusannya. Apa pun aku rasa berbaloi berkorban duit, masa dan tenaga untuk majlis adik aku ni. Orang kata majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup. Justeru aku cuba sedaya upaya memastikan segalanya mengikut apa yang aku fikir dan rancangkan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selamat. Panjang lebar mukadimah. Jom tengok aku yang aku designkan untuk kenduri adik aku ni.

Poster Perkahwinan EllyEkin. Cetakan dibuat dalam saiz A4, A3 dan A2. Untuk edaran di pejabat adik dan isterinya, dan sebagai penunjuk arah ke rumah pengantin lelaki.

Kad undangan perkahwinan EllyEkin. Kulit muka luar. Kad ni dicetak dalam bentuk kotak pakaging. Sampul kad. Di dalamnya isi kad dengan reben sebagai penanda aras. Kalau nak baca, pembaca perlu tarik reben ke atas. Terlupa pula nak ambil gambar kad yang siap cetak.

Inilah rupa inner kad undangan perkahwinan. Muka depan dan belakang. Simple saja. Di bahagian atas, ada reben sebagai penanda arasnya.

Logo sticker perkahwinan EllyEkin. Cetakan di atas sticker paper. Untuk kegunaan tempel pada beg goodies dan bekas makanan untuk para tetamu. Cadangan 2 warna. Tapi akhirnya penganti pilih warna silver maroon bagi memenuhi warna tema perkahwinan.
Tag Hantaran dan meja pengantin. Ambil inspirasi dari meja makan pengantin orang putih yang selalunya menyelit sekali penama di atas meja makan. Sebagai contoh gambar di bawah. 

Tag di meja makan pengantin

Tag untuk hantaran

Design yang paling digemari. Bunting perkahwinan. Buat 2 cetakan. 1 dibentang di lampu isyarat simpang 4 Pekan Gerik. Untuk kemudahan tetamu dari selatan dan utara melihat arah rumah pengantin. Dan satu lagi diletak pada jalan masuk ke Kampung Pulau Belayar. 

Cubaan gantung di rumah. Alhamdulillah semua proses kerja design lancar dan cetakan berjaya dihasilkan sepenuhnya.

Ok setakat ini untuk entry Majlis Perkahwinan EllyEkin Part I ~ Rekabentuk grafik dan cetakan. Insya'allah akan menyusul entry-entry akan datang berkaitan dengan Majlis Perkahwinan adikku di Johor dan di Perak. Kerana kedua projek hantaran hakak ini yang bikin. Rasa macam terwajib pula nak sharing air tangan sendiri, buat kenangan ;)

Kisah lanjutan:

Majlis Perkahwinan EllyEkin Part I ~ Rekabentuk grafik dan cetakan



2 comments:

lynndamya said...

owhhh cantiknya bila dah siap jadi bunting ! :D hehehe

Wansteddy Tales said...

lynndamya , tq alhamdulillah terprint elok seperti dlm rancangan :)