Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, April 11, 2014

Stroller idaman~ QUINNY ZAPP EXTRA 2012

Dalam pencarian memilih stroller baru untuk Aliya Damia. Sebelum ni dah ada stroller dan buggy beli di ToyRus. Buggy ringan itulah kami heret sana sini sampai lari alignment dia. Al maklum anak bukan makin mengecik, makin meninggi dan memberat. Sudahnya buggy tu tak mampu dah nak menampung saiz Mia. Sekarang buggy tu dah terperuk je dalam stor tak rasa boleh guna dah.

Memang dah jadi keperluan pun stroller ni nak-nak kalau niat nak travel jauh. Jenuh Mia yang lebih 15kg tu masih nak minta berdukung dengan ayahnya. Bila letih sikit, merengeklah dia "Ayah... nak dukung!" Berat sekampit beras dah anak... Tak pasal-pasal lengan ayah besar sebelah haha... Sewaktu travel di GuangZhou tahun lepas, kami beli je buggy instant jenama BaoBaoHao (ke salah aku eja tah) kat Plaza Permainan. Walaupun takde brand, tapi sangat-sangat membantu kala kesesakan. Boleh cilok-cilok saja jalan kecik. Boleh pikul je sebab ringan. Dan tahan lasak jugak walaupun banyak kali dilanyak dek debabnya Damia hehe...

Inilah buggy BaoBaoHao. Dengan berat Damia plus barang permainan Damia di belakangnya, memang kuakui sangat tahan lasak. Mungkin sebab masih baru. Tapi sekarang ni pun kalau bawa berjalan insya'allah buggy ni tak mendatangkan masalah. Poket kecik tercicir kat mana tah. Nanti aku ceritakan kisah lanjut percutian di negara China sekitar bulan November tahun lepas (2013). Belum berkesempatan nak belek semua gambar dalam album pun. Masa bercuti ke sana, baru nak mula musim sejuk. Tengok aku, orang melayu berkulit tebal. Selambadek je pakai blouse Fify PopLook yang nipis tu tak cover jaket. Walhal kulit terasa mengigit-gigit kesejukan. Tabah je hati sebab degil tak dengar cakap suami, beli jaket winter sebelum bertolak ke China. Aku ingat sejuk air cond je. Rupanya 16 darjah celcius tu kena tolak lagi beberapa darjah. Sejuk Mak Enon. Saja je aku buat-buat tak sejuk mengambil kira tak nak bazir duit beli jaket kat negara orang. Walaupun sebenarnya harga kat sana 2 kali lebih murah dari beli di negara kita. Oh nampak bagasi purple? Mustahil pergi GuangZhou tak bertambah troli beg. Rugi tak memborong walau takde benda pun rasa nak borong haha...

Nak cari stroller sebab nak dapatkan kenderaan yang lebih selesa untuk travel Mia. Kalau buggy cuma dapat duduk je. Kalau terlelap tersengguklah kepala menyandar ke belakang. Kalau tak sedar, kaki boleh terseret kat jalan sebab ruang kaki pendek je. Sebab tu nak dapatkan stroller yang besar (boleh tampung saiz budak besar), boleh laras bahagian kepala dan ruang kaki yang lebih selesa.

Bila survey-survey kat shopping mall mata terus tertarik dengan stroller jenama Quinny ni. Macam-macam saiz dan warna ada. Dari saiz untuk newborn, kanak-kanak dah besar sampailah jeis kombo untuk kembar pun ada. Harganya boleh tahan meriah juga. Sekitar RM1000-2000 dan ke atas. KtikKtikKtik... Juling kepala hakak kau catu kalkulator! Kuikuikui...

Pilihan warnanya pun menarik. Yang nampak kat ToyRus lepas warna Purple Pace. Tapi jiwa mommy yang ini lebih tertarik dengan warna Pink Precious. Tengok kat website Quinny luar negara, yang guna kombinasi warna pun ada. 

Dalam hati terdetik nak beli kalau ada contest. Boleh dapat 2 dalam 1 keuntungan. Ada sesiapa boleh cadangkan jenis stroller bagus yang sesuai untuk kanak-kanak 5-6 tahun? Kalau ada info jemput sharing yep. 



2 comments:

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

yg dlm gmbr ni Quinny 2.0, kalo yg Quinny 2012 tu seat tak leh folding dgn Frame, kt beli aritu yg Quinny 2.0 Rm1400. Tp Quinny leh smpi 15kg je. Haq ni leh fully recline, tp berat sikit dari Quinny Zapp yg tak leh recline tu.

Quinny 2012, seat dia kena tanggalkan bila nak lipat frame...leceh sikit...

Wansteddy Tales said...

Salah satu sebab wan tak suka sngt kat stroller sebab selalu makan space dan berat. Sebab tu suka beli buggy je. Tp masalah dengan buggy, xbleh nk baring. Anak pn jd xselesa nk duduk lama2. Thanx kat anje sudi info pasal produk Quinny ni :)