Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, May 6, 2014

Belansungkawa Datuk Aziz Sattar

Yang patah, takkan tumbuh berganti. Merapati rasa sedih atas pemergian ahli ketiga Seniman Bujang Lapuk. Allahyarham Datuk Aziz Sattar, yang lebih dikenali sebagai Pak Ajis. Bagai terbayang-bayang aksi bersahajanya menyampaikan jampi serapah "Niat Enson Mata Kaji Semar Ngiseng!" dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Rasanya takde lagi yang boleh challenge gaya unik Pak Ajis menuturkan bait ayat tersebut.

Filem Pendekar Bujang Lapok

 
Filem Seniman Bujang Lapok

Arwah abah memang suka sangat filem-filem P.Ramlee. Pantang disiar dalam TV, mesti bersila menghadap sampai habis. Tak kisahlah berapa kali ulang pun. Bahkan dialog pun abah cukup hafal. Tapi tetap tak jemu ditonton. Seronok tengok gelagat abah yang ketawa berdekah menonton gelagat 3 serangkai Ramlee, Ajis dan Sudin yang kelakar. Sayang sekali ahli terakhir Seniman Bujang Lapok kini mengikut langkah kedua rakannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ketiga-tiganya, amin...


No comments: