Nuffnang

Followers

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru ~ Melawat Tadika Laman Cerdik


Ucapan ikhlas untuk para guru yang banyak berjasa sejak dari kecil hingga kini. Semoga tunjuk ajar dari kalian diberkati ALLAH swt dan dicurahkan limpahan rahmat olehNYA, amin...

Lukisan ringkas, cepat dan segera sempena kad ucapan Hari Guru sekolah Laman Cerdik, Aliya Damia. Belum siap lagi. Nak kena attend meeting dulu. Kalau dah siap kad nanti , aku upload dalam blog. (KALAU RAJIN) haha...

------------------------------- UPDATE ------------------------------


Design kad untuk Cikgu Damia. Tak sempat nak ambil gambar goodies bag berisi set perfume Enchanteur dan magnet fridge dari London dan Liverpool. Yang tu je sempat tercapai dek tangan pun. Balik rumah semalam, dok pikir-pikir, apa bendalah nak bagi kat cikgu Mia. Macam cliche sangat nak bagi kad saja kan. So masuk bilik aka stor tempat simpan khazanah hadiah. Godek-godek peti barang. Terjumpa 1 set perfume penuh  dalam paperbag tak terusik! Ada perfume, lotion, deodoren , bedak dan lain-lain. Nampak sangat dah menang, redeem, simpan dan lupakan. Mujurlah tak diguna pun, boleh jadi hadiah segera untuk para guru Damia. Walaupun wangian biasa cuma, namun rasanya cukuplah untuk menyerikan cikgu Damia. Tanda ingatan je. Kesal gak tak sempat amik gambar tadi. Takpelah ek, janji sempat sediakan semua goodies dalam masa yang singkat.

Kek Black Forest dari Secret Recipe. Redeem voucher menang Fly Me to KOREA Contest Secret Recipe lepas. Pun tak sempat nak ambil gambarnya. Nasip baik staff SR Presint 4 sangat membantu. Offer diri tulis wish atas kek. Ikutkan aku nak angkut kosong gitu je sebab nak kejar masa berlari ke tadika Damia tadi. Alhamdulillah cepat dan cantik hasil tangan beliau. Meski simple, janji sampai maksud kiriman kek sempena Hari Guru harini.

4 comments:

msredcheesecake said...

teringat cikgu sekolah dulu...hhee

Wansteddy Tales said...

hik3... ada sorg cikgu zmn skolah dulu suka pakai selendang panjang. Menariknya siap pakai songkok! dia sorg je gaya pelik tp plg menarik ;)

Our Story said...

seronok jadi cikgu zaman sekarang setiap thun mesti dapat hadiah dari student..... hehehehe...


jemput singgah
http://cik-puan-emy.blogspot.com

Wansteddy Tales said...

Beshkan. tp tugas pendidik ni berat. sbb tu xsanggup nk jd cikgu ><