Nuffnang

Thursday, May 8, 2014

Superb~ Mac PRO VS Mac OS


Mac PRO gemuk, besar, hardisk power, baru, segar, malar, mahal, import. Mac OS: Sila terbalikkan stetmen untuk Mac PRO. Hahaha... Banyak perbezaan, ofkos! Sungguh bias hakak ko terhadap mereka berdua ni haha...

Ketika entry ini dibina aku sedang format Mac lama. Haruslah. Dah bertahun tak format kot. Sejak dari zaman pereka pertama yang rasmi pakai. Berpindah pada Pembantu penerbitan. Dan kembali ke tangan pereka baru yakni aku. Belum pernah service format.

Kesan kegagalan tidak merawat dan menjaga dengan baik? Ya... selamat di karate, di kungfukan (benar: hakak kau siap buat bunyi ala-ala Bruce Lee kala mengkungfukan ini mac lama),  dipenamparkan, disuku, disiku dan pelbagai teknik seni membelasah orang aku sudah praktikkan pada mac OS tu. Kalaulah dia dalam bentuk figura manusia. Sah lagi sohih penuh berbalut bandage satu badan! Geram kot, kadang-kadang bila nak buat kerja, waktu-waktu kritikal camtulah dia tak nak hidup. Waktu tengah pulun kejar deadline, masa tu lah dia boleh pofff! PADAM sendiri. Geram sampai aku tak boleh menahan diri dari rasa nak belasahhhh je dia punya CPU. Monitor jarang la aku belasah. Koman-koman pun aku penamparkan saja bila geram. Tapi CPU dabaknya memang selalu jadi mangsa aku. Haih... Sambil menaip ni pun mengetap bibir mengancing gigi hakak kau menahan marah lagi tau. Dendam betul aku sama dia! hhahahhaa....

CPU MacOS~ Mangsa keadaan. Sering dibelasah dan dibebelkan. Tetap teguh dan tabah terhadap tuannya. 

Tapi walaupun aku selalu marah-marah pada beliau. Dialah juga yang aku harap-harapkan berfungsi demi melaksanakan tanggungjawab pada kerja hakikiku. Gila aku kalau dia mereng atau merajuk tak hidup-hidup. Boleh berpeluh embun jantan dari kepala sampai ke kaki jadinya. Nak harap PC lain? Hmph! Malas aku nak teruskan rungutan... Kerana itu, walaupun aku selalu marah tapi sebenarnya ada sayangnya juga aku pada beliau. Kadang-kadang bila balik rumah, sampai boleh terigau-igau kenangkan nasip Mac OS tu. Memikir sangat sampai timbul rasa geram. Geram rasa nak baling biar terjah melayang keluar tingkap tingkat 9 ni! Biar berderai jatuh ke lobi. Mengingatkan tahap keuzuran mac tu, memang selalu buat muka aku kejap biru kejap coklat menyimpan dendam. Masa tu memang Bahagian IT jadi mangsa sumpah serapah aku je sebab lembab beli komputer baru untuk aku.

Oh, cerita pasa lembab. Sebenarnya dah lama pereka dapat mac dekstop baru sendiri. Bulan 6 tahun 2013 lagi. Ikutkan dah lama mac yang ini sudah berganti. Ngam 4 bulan aku bekerja di sini sepatutnya dah dapat. Sebab awal-awal masuk memang penyelia dah tanya apa keperluan semasa aku. Aku kata, aku nak komputer dekstop baru, aku nak hardisk 1TB. Kan ke gila kuasa gaya aku nampaknya masa tu? Hahahha.... Dah orang tanya, aku mohon je la. Biarlah tak munasabah mahalnya pun. Biarlah. Bukan cash aku. Hahhaha... So tamak bunyinya. Aku kata, tak dapat mac pun takpelah. PC pun ok. Aku ni jenis insan senang bersyukur orangnya. Sebab sedar, kita minta yang sederhana pun susah nak dapat. Apatah lagi yang mahal menggila. Maka aku mohon CPU baru, janji PC tu mesti spek power untuk buat projek grafik. Jangan macam PC lama yang buka je off sendiri. Buka je hang berkali-kali. Lembabsss!

Tup-tup dengar khabar aku bakal dapat Mac bulan 6. Melompat bahagia aku jadinya. Tunggu punya tunggu punya tungguuuuu... Tak sampai-sampai. Dah masuk bulan 8 tak sampai jugak. Hujung tahun tak sampai jugak. Rupanya.... tahu apa? Mac ku sudah dirampok orang! Dan tak boleh komen apa-apa sebab yang perampoksnya jenis tinggal di awangan. Maka patik yang dibawah ini hanya telan liur saja, mengenangkan peruntukan untuk diri sendiri sudah dirampas penjajah baru! Jangankan komputernya, kotaknya pun aku tak sempat tengok. Sungguh sadissss. Tahulah aku bahawasanya puncak hieraki itu sangat memainkan peranan.

Makan tahun sudah. Kini dan bulan 5 tahun 2014, hampir setahun dari insiden perjanjian halwa manismu dilakukan. Akhirnya hakak kau diberi ganjaran yang dinanti-nanti. Kau ingat senang nak buat permohonan baru? Berchenta dengan mulut riuh miuh nak dapat sebuah je pun. Bila dah selamat terima, ucapan penghargaan mengiringi. Kata mereka, mereka amat berterima kasih sebab unit kami langsung tak berkicau bising bila hak kami dirampas. Apa nak dikata? Kalau memekak tak puas hati pun, kalau dah takde peruntukan lain, apa yang boleh kami  buat? Buat penah mulut je. Bergosip pun buang masa dan buat tambah dosa. Baik tabah menanti saja. Dan kini habuannya? Nah.... Mac PRO bernilai lebih RM11,000 untuk kugunakan. Walla!!!! Kawan-kawan seangkatan. Sila jeles! HHahhahaha... aku bangga sebab ini 1st time koyak plastik sendiri. Dan ya... Bukan boleh bawa balik pun. Janji aku boleh puas menggodek harta pejabat ni. Ada HDMI lagi. Buleh nonton movie ni. Ops! Nawaitu je tak baik dah hahah...

Semalam waktu perasmian koyak plastik (monitor saja, sebab yang CPU nya budak Teknologi Maklumat dah rasmi dulu sebab nak install sebelum serah pada Unit Penerbitan), suatu perasaan touching kurasakan. Masakan tidak. Mac PRO ni memang khusus dibeli untuk pereka. Bukan aku, khas untuk pereka. Mana-mana pereka di sini memang berhak ke atas ini mac. Jika aku dah transfer keluar dari sini, mana boleh rembat bawa sekali kan hahaha... Tapi sebab aku yang rasmi pakai, maka dengan penuh perasaannya mengaku ini mac aku yang punya. Stetmen suka hati!

Ye la sebelum-sebelum ni masuk opis, terus dah terpacak mac lama. Maka perasaan tu takdelah happy sangat. Sementelah dulu aku lebih selesa pakai PC. Tapi bila dah terbiasa guna mac, rasa selesa lagi guna produk Apple ni. Jujurnya kalau buat kerja grafik memang Mac produk yang sesuailah. Sebab fungsinya lebih kepada kegunaan sistem etc. Bayangkan software Adobe saja dah memberatkan hardisk. Lagi pula aku nak install lain-lain software seangkatan dengannya. Tak kira lagi nak transfer gambar dari kamera untuk kegunaan peribadi. Ops! Hahhaha.... Ye... aku salah guna, tapi bukan lama. Pinjam kejap je. Lepas burn gambar tu aku deletelah. Bukan jadi tukun bertahun-tahun lamanya pun :P

Apa pun, aku kena cepat-cepat format dan install program baru dalam Mac OS. Nak dilambung pada pemilik barunya. Hakak kau nak fokus pada kerja dengan Mac PRO terchenta. Buat baik pada emak kau ni ya.... Kita nak guna lama ni. Hihi...

4 comments:

eyriqazz said...

Cantik..pinjam sebulan...

Wansteddy Tales said...

hehe... saya pn pinjam harta office saja :D

AyuArjuna BiGoshh said...

oits sangat best..
klau dapat buat harta sendiri

Wansteddy Tales said...

kak Ayu, Bila terlalu asyik, xsedar mulut melopong nganga sbb screen besar haha... nasip baik cover org xboleh nk nmpk sbb block pandangan tingkap haha