Nuffnang

Followers

Wednesday, May 7, 2014

Pencinta Boot~ INDIGO boot, Marks & Spencer

 
Baru-baru ni aku dah semacam tertarik nak memakai kasut boot. Harini hakak selfie my kaki untuk membuktikan boot tidak hanya untuk cuaca sejuk. Bahkan selesa dipakai di mana jua. Boot sangat sesuai dipakai dengan seluar slack, jeans. Bagi muslimah pula, elok digayakan dengan jubah atau skirt labuh. Bukan semata-mata untuk tampak ranggi dan stylo. Tapi kelebihan boot ni dapat menutup aurat kaki sepenuhnya. Diyakini selamat melindungi kaki. 

Semuanya bermula waktu nak bercuti ke UK lepas. Disebabkan cuaca di England sangat tak munasabah sejuknya meskipun dalam musim bunga, maka aku terfikir nak pakai boot saja atasi rasa sejuk.

Ehsan google: Snowy Creek Boots

Terjatuh chenta dengan Snowy Creek Boots. Beli Snowy Creek warna hitam kat Parkson Alamanda dengan harga RM400 lebih sepasang. Tapi saiz tak ngam pula, bila pakai tak selesa. Udahlah jauhnya perjalanan (harus berjalan dari airport ke stesen ke stesen kereta api).

Sudahnya aku cari boot baru. Puas menggelebek pelbagai jenis boot. Ada yang full leather, ada yang material base kain dan segala macam lagi. Tapi pasti kena teliti material kulit tu betul-betul. Kot nampak 3 dot eloklah jangan sentuh pun. Kulit vavi! tu. Maka berhati-hatilah dalam memilih kasut kulit. Peringatan pada diri sendiri juga.

Sempat jua belikan boot Damia di M&S. Harganya tak munasabah murah! Mungkin waktu kami beli tu bukan musim jualan kasut boot. Ngam-ngam pula ada saiz diperlukan Damia. Kelakarnya waktu nak survey-survey tu ada sorang makcik omputeh ni yang ikut tertarik dengan boot pilihanku tu. Cepat-cepat hakak rembat, takut saiz habis pula. Kat situ je balance kasut yang tinggal. Nanti aku kongsikan pasal boot Damia pula. 


Ehsan goole: INDIGO by Clarks Women's Spye Hale Boot

Akhirnya aku beli boot keluaran terbaru iaitu INDIGO by Clarks Women's Spye Hale Boot kat butik Marks & Spencer, Liverpool. Inilah rupa sebenar boot hakak. Lebih kuranglah. Tang jahitan tu lain sikit. Selebihnya material dan warna sangat sama. Seusai menyarung terus kebah sengal kaki. Sakit kot dari saiz 8/9 nak pakai saiz 7! INDIGO pilihan aku ni bersaiz 71/2. Ngam-ngam dengan kaki. Nak melangkah jauh pun tak stress kaki sebab material selesa.

Tang TaRaaaa... Mommy dan Damia dengan Boot memasing. Serius, boot bukan sekadar untuk nampak stylo kat sana. Sejuk tak pakai kasut tinggi tutup kaki. Hakak sarung stoking pun rasa sejuk bedi berdiri. Kita tengok omputeh melawa dengan Boot ingatkan sebab nak nampak ranggi. Rupa-rupanya memang sebab nak jaga kaki. Dah pergi baru tahu sendiri. Besh pula bila berboot begini hehe...

Daku bawa masuk opis harini. Terjojol mata officemate! Hahahha.... Siap ada yang bertanya berapa harganya. Yup, cuma 59 GBP - British Pound sahaja. Duit kita RM300 lebih je pun.  Sekali sekala melaram you.... 

4 comments:

Ezna Khalili said...

dah lama nak cari boots tapi rasanya boots kat tempat derang lagi murah kot...

Wansteddy Tales said...

Teringat sorg member share dia beli sepasang boot new arrival katanya dengan harga RM500 lebih. Bila dia travel ke UK boot yg sama tak sampai RM200 covert duit M'sia huhu... tp boot kanak2 yg Mia pakai tu sngt murah xsampai 10Pound pn!

Mama Zharfan said...

cun banget!

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ pehni confirm cari boot lg. Dah rasa mcm gila boot pula wn skrg ni haha