Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, May 6, 2014

WON & PRIZE ~ Result Merry. Gong Xi Celebration Contest

Senarai pemenang Merry. Gong Xi Celebration Contest anjuran NPTM Sdn Bhd. Cinonet je nama pemenang saguhati. Nak senang cari, boleh skrol nama pemenang last sekali. Nah kat situ namaku tertera. Senang je nak jumpa haha... Ramai gak kenalan contest yang turut menang berjemaah. Syukur alhamdulillah...

Inilah borang peraduannya. Cukup mudah. POP agak mewah. Kena beli sebarang produk NTPM RM40 ke atas. Disebabkan aku pengguna tisu kotak tegar. Maka hanya memborong Royale Gold tisu untuk 2 nama. Sangkutlah 1 akhirnya. Peraduan berdasarkan lucky draw. Takpe, tak payah deco-deco. Hantar dan abaikan. Ada rezeki sangkutlah menang, insya'allah...

Ganjaran hadiahnya. Disebabkan POP aku dibeli di hypermarket AEON Big Midvalley, maka kad AEON Biglah daku terima. Hadiah bernilai RM100! Sekali borong barang rumah sabtu lepas. Habisss sudah. Hehe... Syukur... Jimat duit belanja dapur minggu lepas.

Terima kasih NTPM Sdn Bhd.


No comments: