Senarai pemenang Korea Strawberry Contest
Update cerita. Ketika entry ini ditambahbaik, hadiah voucher AEON dari EURO Atlanctic dah selamat diredeem tanpa sebarang kesan haha... Plan awal-awal nak beli baju sendiri. Setidak-tidaknya handbag atau kasut kerja merangkap kasut berjalan kohkohkoh.... Tapi bila dah start pegang troli, level budak aku tuju. Cadang nak ushar-ushar je baju Damia. Tapi dah penyandangnya emak, mesti ke anak jugak lebihnya dulu. 2 helai baju Damia berjenama Padini kubeli dan beli juga 2 helai baju kameja kerja untuk suami. Dah berbulan asyik pakai baju yang sama. Memang dah lama pasang niat nak belikan kameja Pierre Cardin untuk suami.
Usai membayar, ya semestinya kena topup duit tambahan. RM100 tak cukup untuk 4 helai baju berjenama demikian, lainlah kalau shopping kat pasar malam, ironinya baju emaknya mesti di pasar malam sahaja (T___T ). Ah, biarlah murah. Asal nampak cantik dan selesa memakai. Bila selesai urusan kat kaunter, lama. Kebetulan haritu ada member sale. Harus tak panjang line. Lagi teruk ada kakak-kakak ni borong sampai 3,4 penuh bakul dengan baju pelbagai saiz. Ni nak menjual balik ke apa ke tak taulah. Tabah je hatiku menanti giliran Gr..... Baru sedar masa dah menginjak ke angka 10 malam. Rempit laju-laju ke bahagian market, abaikan level wanita di tingkat 1. Sobsobsob...
Contest kontroversi buat diriku hehe.. Demi terpandang borang contest ni tersenyum-senyum mengingatkan salah faham tentang keputusan pemenang. Ada aku ceritakan dalam entry bertajuk: Rahmat Kata-kata jadi titipan Doa~ Sapa tak nak menang GP anak oiii....
Menariknya entry tersebut ditulis SEBELUM bercuti ke UK hujung bulan 4 lepas. Sekembali ke Malaysia, dapat panggilan mengujakan menang GP. Kali ni akan ke luar negara lagi. Alhamdulillah... Pelan-pelan aku cerita ye. Benarlah bagai dikata, kata-kata suatu doa. Doa-doakanlah sesama diri kita selalu, insya'allah Allah kan makbul doa di kalangan kita, amin...
No comments:
Post a Comment