Nuffnang

Followers

Thursday, June 19, 2014

Kelayakan CUTI TAMBAHAN penjawat awam

Alhamdulillah... Harini confirm dapat 5 hari cuti extra setelah 10 tahun berkhidmat dengan kerajaan. 

Sebenarnya kena tunggu 1 sept 2014 barulah genap 10tahun. Tapi keistimewaan ni tak perlu tunggu genap ikut hari. 1.1.2014 lepas pun sebenarnya aku dah boleh request hak yang ini. Cuti rehat tahunan secara rasminya menjadi 30hari mulai tahun ini. 

Kepada geng-geng yang sudah kerja mencapai tahun ke 10 berkhidmat, sila alert dan buat permohonan cuti dengan majikan. Maklumkan pada Pembantu Tadbir untuk catatan buku rekod cuti. Maklumkan jua pada penjaga buku service di Bahagian Sumber Manusia untuk makluman dan semakan dalam buku perkhidmatan individu. Dan maklumkan pada Unit Hrmis untuk update melalui laman web mereka. 

Sharing info ni sebab aku tau, mesti ramai tak alert. Aku sendiri bernasip baik sebab suami yang maklumkan. Kot tak, orang opis buat diam je. Kita yang rugi.

Info lanjutan:
Mulai 1 september 2005, kelayakan cuti tambahan 5 hari hanya layak untuk skim 40 ke bawah. Skim profesional tak layak memohon. So barang sapa yang lapor diri sebelum 1.9.2005 memang sangat bertuah. Bagi golongan sokongan, anda semua layak mohon cuti tambahan sekiranya perkhidmatan mencapai tahun ke 10 Perkhidmatan.

Rujuk jadual kelayakan cuti untuk maklumat lanjut:

KELAYAKAN CUTI TAHUNAN:

Pengurusan Tertinggi:    30 ---> 35 hari
Gred 31 - 54:    30 ---> 35 hari
Gred 21 - 30:    25 ---> 30 hari
Gred 1 - 20:      20 ---> 25 hari


Ps: sebenarnya perasaan dapat cuti extra lebih menerujakan berbanding dapat naik gaji. Sebab gaji tiap-tiap tahun confirm dapat. Cuti? Memang sangat, sangat, sangat penting dan diperlukan!

6 comments:

Eliss said...

oh..gitu eh. lupa dah. skang cuti 25 hari tu pun rasa dh banyak sgt sbb selalu carry 5 jadi 30 jugak..hehehe.kena tggu 3 tahun lagi nampaknya..

juelee said...

best.. dah bertambah kan... saya alhamdulillah, dah 6 thn keje, kelayakkan cuti sekarang 35 hari...

Wansteddy Tales said...

Juelee waaa... tu level PTD. haruslah bnyk cuti :D

Wansteddy Tales said...

Eliss Mie, tah kenapa cuti asik xpernah ckup tiap2 thn. kdg2 nk injak ke depan boleh la takat angkut 2,3 hari, thn ni lg bnyk cabaram sbb asik cuti2 pnjg je. alhamdulillah... Tuhan nk tlg, dpt tahu psl kelayakan ni pn dlm thn ni. rasa bersyukur tak terhingga :D

Mummy ZaraZarif said...

hubby sheeda gov, xpnh nkhbs cuti2 die...pelik tp benar..hihihi

Wansteddy Tales said...

Mummy ZaraZarif kalau gred besar, makin bnykalah cuti dia sheeda. staf rendah2an mcm kami ni mmg dah la gaji kecik cuti pn ciput hahaha... tp bersyukur2....