Nuffnang

Thursday, June 19, 2014

Hari Pekerja 2014 di MiTC Melaka.

Waaaa... mengamit memori! Inilah lokasi pertama tempat daku bertugas jaga pameran sempena Program Hari Kemerdekaan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dulu. Muka hakak very skema semasa kejadian. 1st timer la katakan. Semuanya ikut je cakap kakak-kakak senior. Ikut je mana depa bawak. Ikut je kat mana depa bawak p makan. Tup-tup lepas 10 tahun, akan kembali semula ke sini, demi tugas pada Kementerian baru. Ironi.

Insya'allah takde aral hari sabtu nanti aku kena pergi ke MiTC Melaka. WAJIB. Sebab nama dah dimasukkan dalam senarai peserta Hari Pekerja 2014. Jujurnya aku paksarela je kena pergi. Sanggup pergi pun semata-mata sebab dapatkan claim cuti gantian, sehari je pun. Tapi bagi pekerja kekurangan cuti sepertiku. Satu hari PUN sangat bermakna! Maka gigihlah aku menyanggup diri sementelah dipaksa berkali-kali. Dah takde wakil yang nak pergi jugak sebenarnya. Aku pun dalam ura-ura ketandusan cuti. Maka bila dipaksa begini, aku fikir, Ah! Tentu ada hikmahnya.... Positifkan fikiran. 

Sebenarnya aku pun dah lama teringin nak ke Melaka. Tempat daku menuntut ilmu di UiTM, Lendu Melaka. Walaupun mungkin sekadar lalu nampak bangunan dari luar. Mungkin sekadar lalu jalan menghala ke UiTM. Mahupun sekadar melalui jalan di sekitar Alor Gajah. Cukuplah sekadar melampias rindu lama. Terasa diri semakin tua kohkohkoh....

Cadangnya nak tidur saja di Melaka, jumaat ni. Senang, pagi buta dah boleh bangun, cari restoren berdekatan. Melantak dan tunggu wakil staf lainnya sampai sebelum jam 8 pagi. 

Antara hotel yang jadi pilihan King's Hotel. Hotel ni memang mengamit memori, tempat daku dan rakan-rakan 1 batch join Kursus induksi dulu. Pastu kata suami, kami pun pernah menginap kat hotel ni lepas kawin dulu. Short memori bini dia. Aku pun dah lupa. Hahaha...

Lebih kurang camni le bilik kursus aku dulu. Dua-dua single bed je. Duduk sekali dengan pereka dari Penang, Kak Sabrina comel. Kami berjumpa balik dalam facebook. Beliau glamour sebab jadi AJK Kesatuan Pereka 1Malaysia. Jangan memain... hehe... Masa kes kena selar dengan opismate kat opis sekarang. Siap cakap "Kat sini Skim B takde makna! Kalau nak rasa hebat, kena pergi sana" Walaupun ramai saksi, tapi rasa tak guna pun aku defend diri. Buang masa. Aku citer kes tu kat Kak Sab. Katanya, kat mana-mana pun ada manusia yang berfikiran camni. Dek kerana rasa skim dia majoriti, maka orang berskim minoriti macam geng-geng PEREKA ni wajar diperlekehkan. Haih~ mentaliti manusia memang "...dotdotdot..." Korang tambahlah sendiri ayat-ayat berikutnya.

Pastu Ayer Keroh Country Club. Tempat orang main golf. Takde kerjalah aku nak pergi main golf kan. Koman-koman tidur dan bangkit pagi terus check out. 

Kot Mia nak tidur sampai lewat pagi tak taulah. Tapi Mia, kalau tau hotel ada kolam. Sure nak mencuba. Cik adik tu memang suka menyelam. Kat rumah, baldi besar pun jadi tempat menyelam dia. Tapi kena perhatilah. Bahaya jugak walaupun anak dah besar.


Hotel-hotel lain masih dalam pertimbangan. Bukan pasal kos penginapan tu aku berkira. Tapi kebanyakan hotel penuh. Mungkin sebab ramai pekerja dari luar negeri, daerah yang bakal turun ke MiTC dan ikut cari tempat penginapan berdekatan. Dapat 1 hari hotel tempat tidur pun jadilah. Bukan niat nak explore pun. Cuma jadi tempat pelepas letih je lepas balik dari kerja. Dan kalau takde aral, mungkin boleh follow sekali suami outstation jumaat malam tu. Insya'allah... Moga urusan kami dipermudahkan, amin....

PS: Semua gambar ni aku google je ye. Bukan hak milik peribadi.

2 comments:

Fyda Adim said...

dekat hotel kings tu ada warung capati..sedap..kalau mahu mencubanya..:D

Wansteddy Tales said...

Fyda Adim, ade lagi warung tu? suka try makanan yg org suggest. kalau ada yg review sedap soheh sedap :D