Nuffnang

Thursday, June 19, 2014

Poster TABIAT KERJA

Projek kerja kat pejabat. Dah upload dalam facebook. Rasa macam nak sharing dalam blog juga. Ada kisahnya macam mana boleh diberi arahan kerja design poster besar ni. Dipendekkan cerita, selepas boss besar buat meeting, beliau tutup mesyuarat dengan membacakan petikan kata-kata dari Prof. Ungku Aziz yang bertajuk TABIAT KERJA. Kebetulan mesyuarat tu dianjurkan pada petang Jumaat. Maka ramai staff yang balik awal dek kerana ada yang balik aturan waktu pertama dan kedua. Ada yang kena kejar bas, tumpang kawan dan sebagainya. Aku pula tak boleh lari. Sebab ditugaskan menjadi pencatat minit pada hari tersebut. Gigih hakak kau tersengguk-sengguk menulis. Habis mesyuarat pun jam 6 petang lebih.

Usai mesyuarat, boss Unit panggil aku. Katanya beliau tertarik dengan petikan kata-kata tu. Beliau minta aku buatkan poster untuk paparan dalam Kementerian. Aku pula secara kebetulannya memang tengah ada job lain waktu tu. Janjilah akan buatkan. Entah bila nak mula tak pasti.

Balik meja, aku google dalam internet perkataan TABIAT KERJA dan PROF. UNGKU AZIZ. Jumpa petikan penuh dalam forum. Copy paste dalam Microsoft Word. Tempek kat papan kenyataan 5S di aras 9. Kan hakak jaga sudut 5S, haruslah kat situ tempat sesuai nak letak info semasa. Aku kira, letak dulu nota sambil lewa ni. Sebelum design penuh disiarkan. Tak kisahlah, janji petikan tu dapat dikongsi bersama rakan-rakan sepejabat.

Teka apa reaksi mereka? Pagi tempek, tak sampai sejam, poster hilang. Ok, aku fikir mungkin terjatuh dan ada insan baik hati tolong buangkan. Sejam kemudian aku tempek semula. Sekali lagi, poster hilang! Aku dah fed up. Agaknya ada kot orang yang sengaja SABOTAJ. Jadi aku abaikan. Waktu lewat petang, aku lalu lagi sekali ke kawasan papan kenyataan, nak ke tandas berwuduk. Tahu apa? Tiba-tiba poster yang hilang tadi muncul semula. Kali ni siap efek keronyok-keronyok. Dan ada tulisan "Terima kasih" kat hujung nama Prof. Ungku Aziz.

Terkedu. Apa ni? Pandainya poster main silap mata. Macam biskut, kejap ada. Kejap hilang. Besoknya confirm poster tu lenyap terus. 2 hari kemudian, boss masuk bilik grafik, bertanyakan berkenaan poster tersebut. Aku pun diam je, malas nak bagi respon. Biarkan orang lain yang menjawab. Sebab aku amat pasti, memang sengaja orang membuang poster tu.

Tak lama pastu, boss bagi arahan kerja semula. Minta aku ambil masa siapkan drawing untuk poster tu. Kali ni cetakan sendiri. Tapi perlu dicetak besar dan diframekan dalam bingkai plastik prospect. Gantung di bilik mesyuarat utama. Hati aku berbelah bahagi. Nak-nak bila terdengar desas desus dari mana-mana yang bagi komen, kononnya aku sengaja nak memerli orang pejabat. Nak tergelak pun ada. Siapa aku nak perli? Buat apa? Bak kata my boss la "Siapa makan cili, dialah yang terasa HOTnya." Dorang tak sedar apa yang dorang perkatakan tu lebih pada menuduh, fitnah. Sedangkan dorang tak tau itu sebenarnya arahan kerja. Hormatilah tugasan kerja orang lain. Tak perlu beriaksi macam budak kecik. Main sorok-sorok, keronyok-keronyok, umpat-umpat, mengata-ngata dan sebagainya di BELAKANG. Kalau rasa profesional, semuka saja luahkan ketidakpuasan hati. Dan nah, kenapa nak berasa tak puas hati? Andai kata bait kata tersebut menyentuh hati. Bukankah kata-kata tu datangnya dari tokoh ilmuan Malaysia? Bukan aku yang menokok tambah ayat, khas untuk mereka-mereka yang mudah terasa?

Projek rekabentuk diteruskan. Itu pun makan berbulan baru siap hingga ke fasa ini. Ilham asalnya hanya binaan grafik mudah sebagai latar belakangnya. Namun, tiba-tiba timbul idea nak mengkartunkan poster ni, supaya tampak lebih 'lembut pabila menegur'. Orang suka tengok kartun, pada mereka faktor lelucon dapat mengurangkan impak tegas dalam menegur. Biar sinikal, namun mampu juga mengurangkan bahang panas di muka (bagi yang mudah terasa).


Dan kini, inilah hasilnya. Kepuasan sendiri? Hampir maksima. Ya, aku ambil masa yang sangat laaaaama nak siapkan kartun ni. Plan asal ada lagi beberapa watak sekitar watak utama ni. Karektor suka main make up dan dress up. karektor kuat tidur waktu kerja. Karektor sibuk berangan. Karektor bermain facebook dan game waktu pejabat. Dan karektor orang sedang aktif mengumpat. Jika semua watak itu dimuat masuk alamatnya penuh poster. Jadi aku pilih 2 watak ini saja mengambarkan isi kata. Biar ringkas asal maksudnya mengena. Demikian tips lukis kartun dari senior aku.

Poster dibentangkan untuk tatapan semua. Bukan niat memerli sesiapa. Ini tugasan kerja. Andai kalian terasa duduk diri di mana-mana. Muhasabah diri: Bagaimana TABIAT KERJA KITA? BENARKAN 'CARA' KITA?

6 comments:

Zuraida Rahim said...

Wan kalau saya nak print poster ni boleh?

Wansteddy Tales said...

Zuraida Rahim~ boleh saja. Takde masalah :D

Anonymous said...

wan,

boleh saya print, tapi nak tampal di cubicle sendiri aje la..thanks

mun

Wansteddy Tales said...

Mun~ No problemo Mun, sharing is caring ;)

Anonymous said...

err wan, bukan setakat tampal kat cubicle (yg membuatkan ntah apasal org tetiba meroyan, makancilipadanmuka), saya share juga di IG & my fb ok.. love the words from Ungku Aziz and lukisan wan mmg kena.. hehehe

*mun

Wansteddy Tales said...

Mun, kalau nk file yg lebih besar pn wan sanggup bagi. Biar sebar saja info psl petikan ayat Ungku Aziz ni. Kat mana2 pejabat mesti ada staf yg mcm2 peel hehe