Nuffnang

Monday, July 14, 2014

Gula-gula McDonalds

Dah lama tak update blog. Entahlah. Mood ke laut kot. Banyak sangat kerja masuk. Dan masuknya bukan jenis sejenis-sejenis. Tapi datangnya dalam bentuk pakej-pakej. Banyak hala arahan pulak. Dugaan... Biasanya kalau bulan Ramadhan palinglah relaxnya. Tak banyak kerja dalam tangan. Siap ukur jam lagi hitung masa nak balik rumah cepat hehe... Tapi tidak tahun ini. Rasanya bila ada kelapangan pun cuma pada waktu solat saja. Selebihnya aku berlumba-lumba dengan masa. Apa pun perlu banyak bersyukur jua. Sekurang-kurangnya banyak juga tugasan siap dalam masa yang diinginkan.

Korang nak share lukisan ni? Boleh aku izinkan. Lillahi Ta'ala. 

Saja nak kongsi lukisan aku buat malam tadi. Idea datang tiba-tiba. Aku pun tak berlengah. Terus sketch dan lukis. Siap tak sampai sejam. Biasanya aku ni yang over 'cerewet' suka main inking lama-lama. Agaknya sebab semalam dah letih. Jadi aku belasah lukis garis laju-laju. Tak jumpa mesin scanner kat opis. Satu-satunya scanner melalui mesin fotostat kat bilik grafik ni tak membuahkan hasil pula. Sudahnya aku snap saja guna iPhone. Setel, email kat diri sendiri. Tak perlu nak touch up apa pun kat photoshop, terus upload. Puas hati. Apa yang terbuku dalam benak dapat dilampiaskan keluar.

Sorry McD! Dah lama aku boikot kamu! Haritu office taja makan McD masa meeting pegawai. Telan liur aku. Bukan sebab kecur liur. Tapi sebab rasa bersalah. Sekian lama aku nekad tak nak makan McD, sekali dorang belanja McD pulak. Tak makan, tengah kebulor! Sebab meeting buat jam 9am. Dari awal datang tak sentuh minum apa sebab memang dah target nak makan hasil meeting je. Sudahnya. Belasah jugaklah set breakfast. Teh saja aku tak minum. Tak masuk tekak. Dan nampaknya itulah penamatnya kisah aku dan McD! 

Dulu aku pun suka McD. Giler tak suka? Set murah dapat anak patung pelbagai koleksi FREE! Kalau minggu-minggu datang boleh kumpul full limited set. Bangga kot tunjuk kat kawan-kawan aku ada koleksi ni koleksi tu. Banggaaaa... Itulah gula-gula strategi marketing McD yang membolehkan dorang laris hingga ke hari ini!

Aku tak paksa korang ikut boikot. Tapi agak-agak nak beli McD tu cubalah bayangkan. Burger set RM5.00 lebih tu bersamaan harga sebutir peluru (beli lambak). Peluru tu pulak dituju khas pada kepala anak-anak Palestine. Berderai kepala dengan isi otak bersepah. Kalau itu tak cukup meraih rasa keibuan/kebapaan rasa kemanusiaan dalam diri korang. BAYANGKANLAH pula jika peluru yang sama menembusi kepala anak, adik, abang, kakak, emak, bapak, atok, nenek korang. Atau kalau langsung takde hati perut dengan semua bayangan tu. Bayangkanlah pula sepucuk pistol diasak kejam atas dahi kalian. BAYANGKANLAH.... Bayangkan. Lepas tu terpulanglah kalian masih nak tegak beratur depan kaunter McD atau nak keluar cari makanan halal lain yang bersepah kat Malaysia ni. 

Syukur... Malaysia masih aman. Tapi mereka yang kesusahan jangan sesekali kita lupakan. 

BAYANGKAN... BAYANGKAN.... BAYANGKAN....

2 comments:

Cik Aish said...

goodjob dear...sama sama kt boikot mcd..penyumbang ekonomi israel yg kejam tu

Wansteddy Tales said...

Semalam tgk org berbuka kt mcd alamanda blh kira berapa kerat je meja diisi. Mana2 malay yg duduk kt meja dlm mcm dpt pandangan sinis. Kalau xsegan xtaulah.