Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, September 15, 2014

Cash Nuffnang

Yayyyy~! RM 301.69, saham berblog dengan pengiklanan Nuffnang! Alhamdulillah... Rezeki berblog masih ada. Walaupun nak update satu-satu entry bagai bercinta kurasakan. Kalau menyepi maunya berminggu baru update entry seketul. Bila datang gian menulis, hari-hari aku nak membebel. 

Aku jenis pasif blogger (mengaku). Amat jarang nak update sekian-sekian cerita bila-bila masa. Walaupun pakai smartphone selalunya cerita harian aku masuk draf saja. So, hari ni bila tengok baki cash dalam Nuffnang merangkak ke angka tiga ratussss... cukup mengujakan. Mai balik mood gila berblog aku ngehngehngeh.... Oh, tolong jangan bandingkan aku dengan blogger yang dapat cash ribuan secara bulanan. Bukan aku. Follower pun berapa ketui ja. Yang nak komen pun bila kira dengan jari. Nama nak blogwalking macam dulu pun  takde masa huhu....

Dalam agenda baru nak buat blog untuk kerja rasmi. Kena buat post mortem dulu. Kalau dapat green light, baru aku canangkan kisah tersebut dalam blog. Apa pun tungguuuuuu~