Nuffnang

Followers

Wednesday, September 17, 2014

Lukisan Kanak-kanak Merdeka

Orait~! Siap 4 drawing baru sempena Peraduan Mewarna Merdeka dan Hari Malaysia. Syukur alhamdulillah... dalam dok sibuk-sibuk hadap kerja setambun kat pejabat. Settle jugak job sketches tersebut. Sememangnya sedari awal lagi aku sendiri yang offer diri nak membantu(buat drawing baru) sebab memang seronok buat kerja ni. 

Drawing untuk kategori B. Untuk kanak-kanak sekitar usia 7 ke 9 tahun. Bercirikan elemen 1Malaysia dan Rukun Tetangga dengan karektor kanak-kanak berbangsa Cina, Melayu dan India. 

Merdeka Boy. 2 lukisan pilihan untuk Kategori A, khas digunakan untuk kanak-kanak lelaki berusia 4 hingga 6 tahun. Mula-mula lukis yang atas tu, pastu nampak macam terlajak usia pula, buatlah drawing kat bawah tu. Adaptasi dari Merdeka Boy kempen merdeka 2014. Anak member opis lama tu. Zarif bin Razif. Femos dah kecit tu hihi.... 


Merdeka girl untuk kanak-kanak perempuan berusia 4 hingga 6 tahun. Aku share pasal drawing ni dalam entry bertajuk: Lukisan Kanak-kanak Merdeka (Girl) dan TIPS menyertai pertandingan mewarna. Siap sharing tips mewarna lagi dalm entry tu. Request dari member aku yang asiklah bertanya macam mana nak menang contest mewarna. Jawapan jujurnya, keputusan bergantung pada juri. Sangat subjektif. Kadang tu penilaian dibuat berdasarkan kreativiti. Ada sesetengahnya lebih tertarik pada hasil lukisan yang cantik. Apa pun bergantung pada rezeki kanak-kanak tu sendiri. Selagi terdaya asah minat anak-anak kita dalam teknik mewarna dan melukis. Tajamkan lagi minda kreatif mereka. Jangan takut mencuba teknik baru dalam melukis dan mewarna. Paling penting, hargai sepenuh hati setiap satu dari karya mereka. Secara tak langsung kita bagi semangat pada mereka untuk mencuba lebih baik dari hasil yang dilakukan sebelum ni.

Ini design sijil yang recycle design lama. Dek kerana terkejarkan masa. Tapi akhirnya tak diguna juga sebab tak sempat nak print out. Esok eventnya. Walaupun tak join contest ni, aku lak yang over berdebar! Damia pun aku tak ajak join, sebab emaknya kena jadi juri pertandingan. "Karang bias." Kawan aku yang kata, ahhaha...

No comments: