Nuffnang

Followers

Friday, September 12, 2014

ZALORA Platform Slip On Mules

Orang lain dah lama beli barang dekat Zalora, aku baru terhegeh-hegeh nak beli. Sebabnya? Bila baca komen orang lain pasal Zalora itu Zalora ini, aku pun jadik macam takut nak mencuba. Sebelum kenali PopLook memang aku agak prejudis dengan mana-mana sistem jual beli secara online. Bukan sebab aku tak suka, tapi lebih kepada kurang percaya. Takut barang beli mahal-mahal, tak sampai.

ZALORA Platform Slip On Mules RM89. Free delivery bagi pembelian RM75 ke atas. Aku lupa, buat 1st timer boleh claim voucher RM20. Huh! rugirugirugi~


Impress betul dengan pakaging Zalora. Dalam plastik kurier, ada kotak kasut. Bungkus dengan wrapping kasut. Siap sertakan bersama slip return dan voucher Zalora. At least dari segi keselamatan produk, insya'Allah semua pembeli akan terima produk belian kita dengan selamat. Sebelum ni pernah terima barang yang dibeli secara online (rahsiakan nama kedai) yang dalam kondisi tak bagus. Benang tertetas, zip karat etc. Bila belek-belek kasut Zalora ni, perfect! So, aku puas hati. Sebabnya? Order pagi khamis, petang jumaat dah dapat kat tangan. Ha... maka spektikal aku pasal cakap-cakap orang Zalora ni lembabs la apa la bolehlah aku tepis dengan beraninya. 

Test pakai kasut 4 setengah inci. Biasanya pakai wedges saiz 8 setinggi 3 inci saja. Ni nak cuba pakai yang lebih tinggi, lebih runcing. Kalau tokak dahi orang boleh tembus ni. Serius tinggi untuk perempuan katik macam aku. Gayat pun ada, macam gaya nenek kebayan pun ada. Terbongkok aku  kala berjalan wakakakaa.... 152" kira pendeklah kan, ketinggian norma wanita Asean huhu...

Untuk makluman, kasut ni aku parking kat meja kerja.  Mana mungkin aku bawak berjalan kat shopping mall. Adalah pulak kasut ke depan, tapak tapak kasutnya di belakang keciciran haha... 


Close up ZALORA Platform Slip On Mules. Inilah spec kasut ni:

Black Platform Slip On Mules from ZALORA feature thick heels with a slip on design.

- Sizing runs true to size
- Synthetic leather upper
- Peep-toe
- Wide vamp
- Synthetic leather insole with brand detail
- Synthetic outsole


2 comments:

Mama Zharfan said...

waahhh tingginya heels tu ;)

Wansteddy Tales said...

nak pakai pn gayat haha