Malam semalam terdengar bunyi dentuman kuat kat luar rumah. Aku sangkakan kereta bertembung. Atau pun ada orang bergaduh sampai berparang ke apa ke. Tup-tup adik aku bagitahu, ada kes kat bawah. Gocoh-gocoh aku pun turun nak tengok.
Gambar kredit pada Nukman
Dari luar lif kedengaran bunyi siren ambulan kuat dan raungan perempuan. Masya'Allah... rupa-rupanya ada budak lelaki sebaya Damia jatuh dari aras 13! Tuhan je maha tahu betapa terkejutnya kami saksi kejadian. Dari laluan naik ke parking atas, nampak serpihan siling yang pecah dan berterabur. Serpihan besi bumbung yang tercabut. Kesan darah di atas lantai dan pada baju salah sorang saksi kejadian, yang juga jiran setingkat rumahku.
Keadaan huru hara. Nampak kelibat ibunya yang masih di atas kerusi roda, menangis dan sedang disabarkan jiran lainnya. Nampak langkah keliru si ayah yang mundar mandir. Bingung dan terpana sungguh barangkali dengan kejadian tak terduga ini. Masakan tidak, anak yang ditidurkan, tiba-tiba dikhabarkan jatuh berdekatan saja dengan tempat parking ibunya. Aku tak dapat nak teruskan menaip. Rasa sebak dan hilang kata-kata.
Apa pun rasa sedikit ralat dengan beberapa fakta yang silap dari Harian Metro dalam artikelnya: Budak maut jatuh balkoni. Kejadian berlaku di 5R6 bukan fasa 5R2 seperti dinyatakan. Sejurus terjatuh, anak tu masih sedar, bukan tak sedarkan diri seperti maklumat diberi. Ariff lemah tapi terus memanggil ibunya meskipun kepala dan dipangku jiran kami. Dan lagi, rasa terkilan dengan komen-komen berbaur negatif dan penuh sinikal rakyat Malaysia. Tolonglah jadi manusia yang prihatin. Tak sesiapa pun minta musibah ke atas keluarga. Jika pun berlaku, harus redha dan jadikan pengajaran. Berhentilah sebar tohmahan dan hinaan pada keluarga mangsa. Hari ini hari mereka, mana tahu esok lusa kalian pula kan diduga.
Al fatihah buat arwah Megat Arif Hussein bin Megat Irwan.
Syurga menantimu anak, insya'allah...
9 comments:
al-fatihah..baca pon dah sebak..
tak dapat nak gambarkan perasaan ibu dan ayah adik megat..
ya Allah sedihnya...
malang tak berbau..
al-fatihah buat bidadari syurga
Zee Suhaini ~ berkecamuk hati masuk kerja semalam. Sedih kenangkan perasaan parent dia yg kehilangan satu2nya anak tunggal dorang :(
AyuArjuna BiGoshh, sedih baca komen sinis kat page H.Metro, macamlah parent Ariff tu xde perasaan :(
Sedihnye.. Allahhuakbar. .
wan ...sungguh ,,,aku menangis ... bila baca berita ni ....
lagi aku sedih bila dpt tau adik megat 1 kelas ngan hadif anak Mrs.K ... dan lagi sedih bila perasaaan ibu dan ayah megat ....
anak tunggal .... janji Allah itu pasti .... sedih sgt2 ....
yg tak pahamnye camne megat boleh jatuh .... mungkin megat tersedar dan mencari ibu die ...
eima, ada kemungkinannya arif mamai cari ayah dia. sebab dia tidur dalam bilik. katil pula letak sebelah dgn tingkap. bergril tapi boleh dibuka. Kalau ikutkn mcm xlogik boleh jatuh sebab ada beranda kecik kat luar tingkap. Tapi kalau dah ajal, kita pn xboleh nk jangka mcm mana arif boleh terjatuh. masa kejadian ayah dia turun tapak parking nak keluarkan kerusi roda emak dia (myb baru blk dr kerja). Sbb tu bila ada penduduk lain bgtaw kat dia, anak abang jatuh. bapa dia blur sngt2. tentu xsangka anak yg tgh tidur tiba2 jatuh dekat je dgn tmpt parking mak dia
dugaan hebat sesedap hati je org nak bagi komen.. hati makayah aruah allah je tau :(
ila saleh, sayu kenangkan perasaan parent arif...
Post a Comment