Pagi tadi dapat ucapan tahniah dari opismate, sambil tersenyum manis dia menghulurkan sepucuk sampul. Aku yang tengah blur menggodek komputer yang meragam sejak semalam, jadi terpana. Surat apa ni? Kepala dok ligat memikir, mata dok perhati komputer.
Bila baca intipati surat barulah sedar, aku terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2014. Lanjutan dari pemilihan dan pemarkahan penilaian SKT tahun 2013.
Terkejut tu tak payah kata la. Memang tak terfikir pun dalam benak kepala aku nak dapat anugerah ni tahun ni. Aku cukup yakin, opismate lain yang dapat. Sebab beliau pun memang rajin dan banyak kerja. Dan lagi, sebab kata-kata dari opismate sorang lagi, suatu ketika dulu, "Wan takyah berharaplah, baru masuk (MoA). Kena tunggu 2,3 tahun nanti baru dapat!" Sudahnya dek kerana ayat tersebut, aku mendowngradekan harapan. Tak dapat pun takpelah, yang penting aku istiqamah dengan kerja. Penilaian orang lain-lain, betui dak? Keberkatan dari Allah yang aku cari. Walau kadang pun terpacul juga bebel yang terbenam je dalam hati. Geram juga bila kerja hakiki berkali ganda. Tambah sakit hati, terpaksa tanggung kerja orang lain, tapi tak bergaji. Datang aura jahat tu, seperkara yang boleh bagi aku cool down balik; ayat-ayat dari mak aku. "Kerja dengan istiqamah, orang tak perasan, Allah nampak. Rezeki tak dapat dalam bentuk wang ringgit, DIA kasi dalam bentuk lain. Kebahagiaan, kesihatan yang baik dan lain-lain. Itu yang kita perlu kita cari."
Bila pegang surat tu. Speechless. Tak tau nak rasa apa. Touching ada, gumbira ada, sayu ada, tak rasa apa-apa pun ada. Yelah, bagi kakitangan kerajaan yang dah berkhidmat 10 tahun 1 bulan. Anugerah ini sememangnya sangat bermakna. Aku baru je masuk MoA 18 februari 2013. 15 oktober 2014 dapat anugerah. Setahun lebih je kat sini, orang hargai. Tak macam masa 10 tahun di jabatan lama. Bila ada orang dapat anugerah cemerlang, yang menang diam. Yang kalah berkompang. Ada yang sememangnya layak. Ada yang tak sepatutnya dapat. Tuhan je tahu. Kita manusia tak boleh nak mempertikaikan rezeki yang DIA berikan.
Mungkin pada orang lain, anugerah ni takde makna. Sebab sesiapa pun boleh dapat. Orang rajin ponteng pun dapat. Orang datang kerja, tapi tak buat apa-apa pun dapat. Apatah lagi orang yang datang kerja, semata-mata nak menunjuk sibuk bekerja, lagilah senangnya nak dapat.
Pada aku anugerah ini bagaikan satu sentimen value untuk diri sendiri. Peluang untuk merasakan ada orang hargai usaha dan keringat. Daku berikan ucapan terima kasih pada boss tadi. Senyum saja beliau; katanya "i pilih u, cik *** pilih someone else. Tapi peringkat atas pilih mana yang lebih bersesuaian." Noktah. Simple word, tapi cukup bermakna. Thanx boss!
Memulakan alam pekerjaan di sektor awam:
1 september 2004
Menerima Anugerah Kecemerlangan:
15 oktober 2014
Syukur alhamdulillah....
10 comments:
wah bestnya..merasa jugak..saya pun x merasa lagik..anyway, tahniah :) bukan senang nak senang kan..
Tahniah! Kwn sy pn g maep arini
Alhamdulilah congrats!!
TAHNIAH KAK!!! Xsangka rupanya kak dah kerja lama dah ek? hehe.. kak jugak pendorong semangat saya! hehe.. ari2 bukak blog kak utk dapat semangat berkarya dan bekerja. :)
Tahniah..
tahniah wan.. org yg bersungguh2 keja akan sangat menghargai anugerah nie.. lainla yg kipas2 kiki
Tahniah Wan!
tahniah wan..alhamdulila
Tahniah!! Semoga terus cemerlang walau di mana wan berkhidmat....mana tau ada lagi rezeki sekali lagi.... ;p
Salam. Hee tahniah.
Post a Comment