Nuffnang

Monday, October 13, 2014

Grand Prize Maleficent Karangkraf Contest

Balik dari Sabah, dapat kad parcel. Dok mengingat-ingat result contest yang kawan-kawan lain dapat. Contest mana yeh? Yang confirm hadiah dari Mydin Unilever memang dorang pos hadiah kepada pemenang. Tapi aku tak letak nama sendiri. Pagi tadi, dengan semangat berkobar-kobar. Hakak pun berlari-lari anak ke pejabat pos laju (mel) kat area Maybank Presint 4 tu. Sorang diri... bolehlah lari macam lipas kudung. Kalau berjalan dengan kawan, sah terpaksa berlenggang kangkung. Ikut rentak memberlah pulak.

Bila terima bungkusan dabak besar tu aku tercengang-cengang tengok pakaging dari Karangkraf. Bila masa aku join contest Karangkraf? Yang aku ingat contest Pesona Pengantin dulu adalah. Itupun kalah dengan jayanya. Letih makcik buat deco gila-gila nak tambat hati juri, satu apa pun tak menang sob3.... hadiah utamanya majlis persandingan dengan tajaan penuh. Kalau tak silap kosnya dalam rm50,000!!! Apakan daya... takde rezeki nak sangkut apa-apa. Masa penganjur call adik, interview lebih kurang, aku dah pahat dalam kepala. Ada chance tu... Sebelumnya depa siap upload lagi entry hasil tanganku dalam facebook. 

Tapi tah kat mana silapnya, hadiah tu dapat ke tangan pemenang lain. Kun Fa Ya Kun... Takde rezeki... Mungkin silapnya adik aku maklumkan pada penganjur dorang dah kahwin, walaupun dah jelaskan majlis persandingan ditunda ke tahun depan. Yelah, kalau aku jadi penganjur pun musykil jugak, awatnya dah nikah tapi tak sanding-sandingkan... Isunya sebab kedua adik dan adik ipar aku ni sibuk dengan komitmen kerja. 

Takpelah, jadikan pengalaman. Soal rezeki Allah yang berkuasa. Macam jugak dengan contest Fomca kena ciplak bulan lepas. Sampai sekarang senyap terus. Yang aku tahu, pemenang ciplak tu dikeluarkan dari senarai pemenang. Hak kami selaku mangsa ciplak? Nothing. Takde pembelaan, takde pampasan walaupun entry tu selayaknya tempat pertama. Kalau kena kat peserta lain, sah berkompang berbulan. Sah tuntut balik hadiah tu ke tangan sendiri. Sapa tak nak oi, RM1,500 cash! Sapa-sapa pun takkan puas hati bila penciplak dapat lari macam tu je. Dan penganjur pun macam tak ambil apa-apa tindakan pada pelaku. Tak juga berikan penjelasan lanjut macam mana dia boleh ciplak. Dari mana dia dapat artwork aku sampai boleh tambah grafik dan cetak baru? Dia tak boleh ubah artwork aku sebab dah flattenkan. Nasip baik aku tergerak hati nak flat artwork. Kot la raw design. Lagi sedap dia copy habis semua layer. Gila betul. Bak kata kawan akulah "KEJI BETULLAH~!" Apa pun aku berfikiran rasional je. Let go, bukan bermakna aku tak marah, kecewa dan sedih. Tapi kalaupun aku bising-bising, apa je aku dapat? Malas nak memanjangkan cerita. Walau bagaimanapun, aku masih mengharapkan ucapan maaf dari pelaku dan penjelasan lengkap dari penganjur. 

Eh, panjang pulak kisah menang Maleficent contest ni haha... Contest ni dari majalah Media Hiburan. Kalau tak silap hadiah grand prize ni sebab ada jaket. Yang memang aku aim gila-gila jaket hood dia tu. Tak sangka tercapai hajat nak menang. Lagi nak besh dapat lak note book Maleficent. Aku memang suka kumpul buku pelik-pelik. Tapi tak guna pun. Simpan ke buat koleksi. Last-last koleksi bersepah je dalam bilik hadiah kat rumah.

Apa pun terima kasih banyak Karangkraf...
Mood join contest majalah masih belum mari.
Haih...

2 comments:

Nafisa81 said...

Best nya org terer artwork ni..

tiga lalat said...

Salam. Hee tahniah menang GP.