Nuffnang

Followers

Thursday, November 27, 2014

MAHA2014

Sudahkah korang ke MAHA2014? Tahun ni seperti tahun-tahun terdahulu, program MAHA diadakan di MAEPS, Serdang. Walaupun boleh kata dekat, inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini atas urusan kerja. Sebelumnya, masuk MAEPS ke Dewan D sebab anugerah khidmat Cemerlang. Justeru, bila boss bagi kepercayaan jadi panel hakim. Rasa macam tak percaya. 6 Hari berturut-turut di sini. Kesannya? Rasa macam nak tercabut kepala lutut. Kesilapan pertama, hari pertama duty, pakai wedges 4 inci! Besoknya kembali bekerja terdekot-dekot sakit ibu jari kaki. Moralnya, kalau nak menapak jauh, lama, jangan pakai kasut tinggi. Pastikan pakai flat shoes ataupun apa saja jenis kasut, asalkan selesa untuk jangka panjang. 

Banyak tarikan di MAHA2014. Antaranya Laman ternakan dengan kerbau balau dan pelbagai spesis haiwan lain yang sesuai dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan. Dalam laman ternakan ni ada banyak kandang. Antaranya lembu, ayam, itik, arnab dan lain-lain. Tapi hakak suka fluffy-fluffy so arnab ni memang jadi bahan kena gomol. Habis tangan kena calar. Dia ni tak sudi dipeluk. Nak masuk kandang untuk bermain dengan arnab ni kena bayar RM3 sekepala. RM1 untuk lobak merah. Aku pikir tak payahlah korang laburkan cash rm1 tu. Kutip saja lobak kat sekitar kandang tu. Bersepah. Arnab pun dah montel-montel semua sebab asyik kena sumbat makan je dek pengunjung.

Bunga di laman Florikultur pun sangat indah dan segar. Laman ni antara tarikan ramai. Tapi mungkin kerana lokasinya yang terkeatas sangat, ramai pengunjung berkira-kira nak panjat bukit. Kalau lucky, adalah buggy dari staf Florikultur menunggu orang di pintu gerbang indah tu. Tak letihlah bagi kanak-kanak dan orang tua nak menapak naik.

Dekorasi ala english style. Hanya menggunakan benda-benda terpakai seperti botol dan tin lama. Bila disusun molek-molek jadi indah sangat. Kalau tak kerana cuaca panas, mesti ramai yang teruja nak bermain dan bergambar di sini. 

Lokasinya di Laman Jentera. Kanak-kanak mahupun orang dewasa tak lepaskan peluang panjat pelbagai jenis jentera yang canggih-canggih. Dari paling simple kepada yang gah besarnya. 

Masih di Laman Jentera. Sebenarnya tak boleh usik miniature tu, tapi anak aku kan... Pantang tengok apa-apa yang tersusun, mesti nak diusiknya.

Okay, kalau nak bagi anak-anak berhibur dengan acara melukis dan mewarna. Boleh masuk Dewan A. Dalam dewan ni ada pameran kluster milik kerajaan dan swasta. Macam-macam acara, pertandingan dan program diadakan dalam dewan ni. Tinggal nak join dan menang saja. Paling besh ada hasil kemenangan buah-buahan. Dari sekecil-kecil buah sampai sedabak-dabaknya. Sambil-sambil luang masa istirehat, boleh jamu mata dalam dewan ni.

Seriusly, kalau sehari je takkan cukup nak lawat seluruh tapak MAHA2014. Aku yang berkampung 6 hari berturut-turut pun tercicir beberapa spot yang diperlukan. Bahkan dewan C depan mata aku masuk untuk singgah pergi toilet je tanpa sedari dewan tu pun ikut bertanding. Sabar je la...

Tip dan cadangan ke MAHA2014:

1) Cuaca tak boleh dijangka. Kejap panas sangat. Kejap hujan lebat. Sebaiknya sediakan payung untuk kemudahan peribadi. Dalam MAHA ada disediakan penjualan payung. RM15 sekaki. So kalau malas nak mengepit payung, belilah di sana. Serius, payung sangat penting. Panas, basah, panas, basah. Itulah MAHA2014.

2) Transport percuma disediakan untuk setiap laman. TETAPI, aku sarankan cari map di meja urusetia. Boleh didapati di kaunter informasi Dewan D. Bacaan dari huruf A sampai Q. So korang boleh survey laman mana korang nak pergi dulu tanpa tergapai-gapai takde info. Nak-nak waktu cuti, serius ramai orang. Tension Q lama. Dan harap maklum, Malaysian memang agak kurang suka beratur. Q tu menyusahkan pada sesetengah dari kita. Sebab tu tak hairan kalau tengok selamba je pengunjung kena jerkah dek staff bertugas. Sebab orang datang kendian selambadek je nak potong barisan. Pastu tak kira tua muda, sama dengan je ganasnya. Sapa-sapa nak bawak anak kecik berhati-hatilah. Secara terus terangnya, label urusetia takde makna pun bila suasana sesak camtu. Nak request buggy untuk kemudahan sendiri? Kirim salamlah ye, urusetia pun kena sama beratur. Sebab tu proses penilaian jadi lama. Nak tunggu tram dan bergerak makan masa.

3) Untuk parent ada anak kecik, elok bawa buggy atau stroller. Jalan jauh buatkan kita cepat letih. Nampak renyah tapi benda alah tu lah penyelamat kita supaya tak penat sangat nanti. 

4) Makanan memang banyak. Kalau korang jenis nak survey makanan je, pergilah ke Laman IAT 1 & 2. Kenyang korang, dari pintu masuk sampai pintu keluar orang dok hulur tester. 

5) Tempat solat memang disediakan. Nak mudah, rujuk pada Map atau papan tanda masuk ke laman-laman yang korang pilih. Kat situ memang dia kasi petunjuk ada kemudahan sekian-sekian. 

Banyak lagi info aku nak sharing pasal MAHA2014. Tapi nak menaip ni pun dah letih urat saraf. Ada kelapangan nanti aku sambung bercerita dalam kisah selanjutnya. Untuk makluman. Program MAHA2014 diadakan dari 20 hingga 30 November 2014. So korang masih ada peluang nak berkunjung sampai hari ahad nanti. Selamat berkunjung!


1 comment:

Unknown said...

salam..tumpang lalu...
akan dipertimbangkan utk ke MAHA suatu hari nanti, in sya Allah...
ade sorg kazen sy pon baru start keje situ. :)

ainniah.com