Nuffnang

Wednesday, December 31, 2014

Contest Kosmo! Ayamas superb dahsyat deco mereka


Amboi ko tengok... Mentang-mentang ada part deco kreatif tak sangka masing-masing tunjuk skill deco yang bombastikkk! Serius aku kena downgrade harapan. Hilang terus kedai Ayamas aku dari timbunan deco ni hahaah...

Bila last menang contest surat khabar? Tahun 2010 kalau tak salah. Masa tu contest base dialog komik kreatif. Aku belasah je ayat entah apa-apa. Tak sangka satu perkataan tu jadi punchline power, terus raih hadiah utama. 

Hmmm... Itu jelah satu. Pastu  aku pun dah malas nak join dah contest paper. Ada jmtu adalah juga. Tapi semua xde luck. Yang base lucky draw, slogan, deco joinnnn tapi tak sangkut. Sudahnya aku tawar hati nak join dah paper contest bertahub lamanya. 

Tapi bila tengok promo Ayamas by Kosmo! Terbuka hatiku nak mencuba. Berbekalkan slogan yang tak power. Deco pun main suka hati beta je. Kesudahannya bila tengok paparan gambar ini dalam laman facebook Ayamas Roaster, terbelalak mata! Haaaaa... Semputttt.... 

Untuk memudarkan kesyahduan hati aku pun mendowngradekan harapan. Ini ayat pengulangan serta penegasan. Kena sedor diri. Banyak lagi kena perbaiki skill contest. 

Apa pub doakanlah hakak sangkutlah apa-apa ye dalam contest Ayamas Kosmo! ni, amin... Tq korang, kalau korang pun join, hakak doakan untuk korang jua, semoga menang berjemaah hendaknya, amin...

No comments: