Nuffnang

Wednesday, January 7, 2015

Mac Pro

Akhirnya... kembali jugak kau pada tuan ye. Sakit hati aku. Macam-macam peelnya. Blank la. Hilang kabel la blablabla... Sudahnya banyak kerja jadi tergendala. Guna balik mac lama, Ye.... ingatkan membantulah sangat. Server slow, internet lembab. Microsoft Word dan lain-lain software tak boleh nak install. Software tak update sejak dari tahun 2006! Maka kaedahnya buat kerja pun macam style lama. Menaip pun guna Adobe Illustrator CS4. Kalaulah tak tabah, maunya berjuraian air mata sambil buat kerja. Tapi mungkin hakak dan dibesarkan dengan cara 'sendiri kena ingat', maka cekalkanlah hati walaupun nah... tebal berbulu!

Apa pun hakak harap Mac Pro ni buat hal dah la dengan hakak sebelum hakak keluar dari MoA ni. Tak larat noks dengan drama kau. Menyusahkan hati dan perasaan. Dan demi kestabilan serta unsur ketamakan sejati. Aku guna juga mac lama tu. Letak kat meja belakang tempat aku buat kerja. Gasak ah orang lain nak komplen ke hapa. Bukan dorang nak guna pun. Sebenarnya antara Mac dengan Pc hakak memang berharap nak sebuah pc. Busuk-busuk buruk pun takpelah. Janji boleh gerak. Senang nak isi hrmis. Kot tak macam tahun-tahun dulu, menumpang jelah aku kat meja-meja orang. Tak gamak nak menyusahkan orang walau hati memang rasa terbeban. Komputer sememangnya keperluan.

Berblog ni bukan sebab takde kerja. Stop kejap. Nampak tu tengah copy artwork segala mak nenek bergig-gig besarnya dalam hardisk. Transfer balik kat Mac Pro senang nak bikin kerja. 

PS: kerja pereka bukan sekadar copypaste! 

No comments: