Sempena majlis persandingan belah keluarga lelaki sabtu nanti, hakak belikan baju, kain dan tudung untuk keluarga. Perempuan saja tentunya. Nak nampak seragam semua ahli keluarga. Mula-mula nak beli pink.
Tapi masa order baju sherya Poplook, tak sangka warna langsung tak sama dengan yang terpapar dalam online.
Shreya Poplook untuk ladies
Shreya Poplook untuk kanak-kanak
Geramlah jugak sebab lari dari plan kan. Pastu warna baju tu memang susah sket nak match dengan warna lain. Makan hari juga survey untuk kain dan tudung. Beli kain dulu kat kenanga untuk 4 orang. Bila dapat tudung, aduhai... Tak match pula set baju tu. Sama ada nak kena tukar tudung lain atau tukar kain lain. Myb last choice pakat pakai kain warna hitam. Tu je yang mampu dirancang untuk projek saat akhir. Moralnya, lain kali nak beli baju. Pastikan beli sepasang terus. Tak menggila nak cari tudung dan kainnya pula.
Sangat berpuas hati dengan pilihan warna shawl ni.
Ada curve di hujung kain. Part tu hakak sangat suka. Material kain kali ni lebih lembut dan sejuk. Tak kisah mana-mana dah. Bila owner FERREABLE sanggup bersusah payah demi customer. Cari kain, luang masa untuk jahit dan sanggup hantar by hand, Masya Allah... Terharu sungguh rasanya.
Terima kasih banyak Nisa sebab sudi melayan pelanggan macam akak. Semoga bisnes Nisa terus berkembang dan diperakui ramai keselesaan dan mutu keunggulannya, amin....
Berikut laman sosial FERREABLE untuk tatapan kalian:
No comments:
Post a Comment