Kesanggupan terima sebarang kerja
Biarlah berpada-pada
Jangan sampai diri merana
Sampai tahap kena pijak kepala
Orang lain seronok bergelak ketawa
Kita yang stress tak cukup nyawa
Buat kerja bagai nak gila
Tapi kaki komplen sedap je mengata
"Aik? apa je kerja dia?"
Datang setakat berborak dan buang masa
Kendian tuding jari ke orang lain macam kaulah paling perfect dalam dunia!
Ini yang jenis beri arahan kerja
Setambun diberi
Semalam bagi
Hendaknya harini!
Hello~ ingat aku komputer bergerak?
Bila-bila masa kena ikut kehendak
Tak boleh langsung berkata tidak
Konon arahan kaulah saja yang berhak
Kerja tak buat komplennya banyak
Naik gaji dan pangkat kau hendak
Kerja setambun selamba je kau tolak
Cakap berbelit peningkan kepala
Haritu kata "Tak kisahlah"
Harini segala benda nak diubah-ubah
Apa ingat kerja tu mudah?
Petik jari je terus siap dah?
Masa, tenaga, idea tu semua terhadlah
Serius... arahan tanpa komitmen tu tersangat menyusahkan sangatlah
Kenangkan kerja demi gaji
Menyara keluarga demi sesuap nasi
Segala yang pahit kuhambur pergi
Biarlah apa pun nak jadi
Biarlah jua hakak dikeji
Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui
Mana yang jujur mana yang batil sejati
Bukan manusia memberikan kita rezeki
Hanya keberkatan dan redha Ilahi yang daku cari.
No comments:
Post a Comment