Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, December 10, 2014

Mengantuknya Bedah

Adui... rasa berat kepala. Mengantuk mata. Baru balik dari makan tengahari, rasa nak letak je kepala. Tidur sejam dua. Dua hari berturut-turut buat kerja lebih kat rumah. Membersihkan rumah dengan ssegala mak nenek kerja surirumahtangga lazimnya. Setiap pagi bangun tidur dengan rasa nak cuti je harini haha...

Tengah dok layan kepala weng ni, tup-tup muncul kakak cleaner dengan baldi dan mop di tangan. Sepanjang setahun lebih kat sini, tak pernah lagi nampak cleaner sanggup buat kerja lebih macam dia. Mop lantai. Bagus orangnya. Tekun buat kerja. Langsung tak mengelat. Meja pun tolong dilapkan biarpun kita tak minta. Celah-celah tingkap pun ikut disapunya. Sampai aku pula rasa pelik. Tak rasa letih ke kakak ni? Bila tengok tabiat kerja yang bersih dan kemasnya tu, terbit insaf dalam diri. Kena sentiasa bersyukur, sebab orang lain walau gaji lebih kecik, tapi tetap ikhlas dalam lakukan pekerjaannya. 

Sebenarnya pengaruh yang baik macam ni memang sangat diperlukan. Kalau tengok staf atau member sepejabat kaki ponteng, kita pun ikut rasa malas nak pergi opis. Kalau ada yang suka bergosip, kita pun rasa rugi kalau tak masuk korum bercerita. Kalau tengok orang lain suka tangguh kerja, kita pun rasa nak isi masa dengan buat perkara-perkara lain yang tak mendatangkan hasil. Sudahnya bila timbul masalah, kerja setambun tak siap. Kena marah pihak atasan. Kena kutuk orang bawahan.... barulah nak tengadah. Masa tu apa pun tak boleh.

Pejam celik pejam celikkan mata. Serius mengantuk gila.

1 comment: