Nuffnang

Wednesday, December 17, 2014

The Jamban of Secret!

Terkejut sakan bila buka pintu toilet, ternganga pintu kecik siap lampu kuning terpasang. Automatik hakak terbayangkan filem Harry Potter: The Chamber of Secret. Lokasinya dalam toilet perempuan jugakkan. 

Manalah tau kot-kot terjojol keluar ular dari dalam mangkuk jamban. Eee... Koserlah hakak nak membayangkannya pun. Kalau tak ular pun, mungkinlah ada kotoran degil hasil saham amanah tersimpan staff satu level! Hahaha.... Yang itu lagi ngeri dan busuk!!! 

Memang sebelum-sebelum ni pintu kecik tu jenis terbukak sikit. Selalu terbayangkan kot la ada jiran dari level atas boleh kendap hakak yang menjamban di bawah ni. Tapi bila kuberanikan jiwa raga menjenguk kamar kecik itu. Rupanya bilik tu siap bersiling. Tempat paip berselirat je. Syukurlah... Hilang keraguan hakak nak masuk toilet tu lagi pasni. 

Cerita takde menda pun, tapi rasa seronok pula kembali membebel macam dulu-dulu. Ironinya time aku kusut serabut dengan banyak benda nak buat. Masa nilah pula  aku rajin nak berblog. Musykil lagi peliks!

No comments: