Nuffnang

Followers

Monday, January 26, 2015

Fanatik FERREABLE

Ops! terbeli lagi shawl. Kali ni dengan nawaitu nak beli sehelai untuk kawan. Tapi dengan tak sengajanya terbeli untuk diri sendiri sehelai. Perempuan. Sigh... Tapi kalau barang tu sememangnya berbaloi dibeli apa salahnya kan. Tak rugi jadi pelanggan merangkap peminat setia koleksi tudung Ferreable. Nisa, tokey brand ni pun dah masak sangat dengan selera hakak. Dan atas permintaan ramai, termasuk hakak ofkosnya, Nisa bakal keluarkan semula tudung fesyen lama yakni fav hakak! Shawl dengan silk awning. Serius suka. Dan tudung tu la yang buat hakak terus kekal melaram dengan style tudung kini, shawl. Kot tak, dulu, sebut shawl pun tak suka dah. Tak tahulah kenapa. Yang ye pun hakak tak reti nak kontrol kain tu, nak-nak nak kena belit sana sisip sini. Letih nak melaram tiap kali nak pergi kerja. Tapi kini tidak lagi. Macam ayat iklan haha...

Sharing koleksi Ferreable dari laman FBnya. Bagi standart price, RM15 sehelai untuk lebar biasa. RM35 untuk lebar besar. Pelbagai skim warna ikut kesukaan kita. Kalau jejakkan  kaki di booth-booth jualan sekitar Kementerian Pelancongan, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Kementerian Belia dan Sukan dan lain-lain lagi, Silalah jejak signage ini. FERREABLE. Sekali membeli, kalian pasti jadi regular customer seperti hakak.

Berkolaborasi dengan rakan, Ferreable bukan saja sediakan koleksi tudung, bahkan pin tudung, brooch, bekas cucuk pin dan lain-lain lagi. Semuanya handmade. Hakak pernah tau buat pin handmade macam pin kat atas ni. Sebijik je pastu give up, letih pinggang noks! Sapa-sapa punya bakat dan kerajinan macam ni, memang sesuailah bikin biz, hakak serender. Letih mak enon menjahitnya hihi...

Latest design by Ferreable. Tudung dengan patern abstrak. Hakak beli sehelai bukan untuk hakak. Tapi nak hadiahkan pada kawan hakak yang ikut terpengaruh dengan hasil promosi hakak haha... Dia tak tahu lagi hakak dah amik tudung yang dia book ni dari tokey, insya'allah... andai ada jodoh bertemu di JB nanti, bolehlah hakak serah sendiri by hand.

Apa pun bagi penggemar shawl. Cubalah Ferreable.
Memang kainnya sejuk dan labuhnya memuaskan hati.






No comments: