Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, January 19, 2015

Rumah tradisional idaman hati

Rumah impian, kalau orang lain berebut nak beli rumah bercirikan moden dengan angka hampir setengah juta dan sebagainya. Aku pula menyimpan cita-cita nak bina rumah peribadi bercirikan tradisional. Tak caye? Aha... itulah aku. Ya, aku suka design yang moden dan simple. Tapi mungkin ciri pahlawan masih ada dalam darah aku. Kecintaan pada elemen tradisi dan kemelayuan tu masih bersisa. Mungkin orang akan kata, idea tradisional ni tak sesuai dah digunakan pakai zaman ni. Sapa kata? Kalau digabungkan idea rumah tradisional dengan moden minimalis mungkin boleh bina sebuah rumah yang pergh...

Rumah cliche yang diminati. Aku dah pakat dengan suami. Kalau dia nak beli rumah, belilah di sekitar KL atau Seremban. Nak murah area ke selatanlah kan. Nak dekat dengan kotaraya area Selangor dan KL. Tapi harga, hm.... beli conso atau apartment pun sama nilai dengan sebiji banglow kat kampung! Pastu design rumah, samaaa je. Tak boleh ubah dah. 

Teringin nak beli rumah atas tanah. Bolehlah bercucuk tanam bila dah tua-tua besok kan... ahhaha.... Tapi cita-cita nak bina rumah tradisional tu memang dah lama. Sejak zaman sekolah kot. Teringin nak merasa macam zaman kanak-kanak dulu. Duduk di pangkin rumah nenek, rasa nyaman angin sepoi-sepoi bahasa. Aroma bau rumah berdindingkan kayu beratapkan rumbia. Kala hujan gemersik suara kata berdengung sekitar rumah. Kesegaran dan kehijauan pohon tanaman menyejukkan perumahan. Teringin sungguh nak bina rumah idaman tu. Andai ada rezeki, insya'allah... Akan kubina juga mahligai idaman tersebut :) insya'allah... Mohon adalah rezekinya nanti, amin...


2 comments:

Siti Asiah said...

Asiah pun sk rumah tradisional cam gbr pertama tu...:)

Wansteddy Tales said...

Asiah Kan... tengok pun rasa nyaman je :)