Nuffnang

Monday, January 19, 2015

Pengalaman gunting rambut di A-Saloon

Baca tajuk dah tahu kot kat mana kami dua beranak potong rambut hihihi... Sebenarnya kat Alamanda Putrajaya pun ada saloon ni. Tapi setiap kali pergi, setiap kali tu nampak sesak. Selalu nampak kelibat pengunjung duduk di kerusi-kerusi menunggu. Jadi, dari memenuhkan ruang yang sedia sesak, niat mengunting rambut asyiklah di KIVkan sehinggalah kami menjejakkan kaki di  IOI City Mall Putrajaya. 1st time ke sana, survey-survey mall baru tu. Ternyata setanding dengan Midvalley dan Sunway Pyramid. Tak boleh tengok movie je sebab GSC belum sedia dibuka. Tarikan utama kat sini tentunya ice skating di aras G (kalau tak salah). Besh je tengok orang ramai bermain ice skating. Damia memang request nak main. Tapi hakak tak benarkan. Sesak sangat dengan pengunjung. Al maklum masih baru, tentu sambutan pun hangat. Pusing-pusing bertemu orang. Nak main oce skating pun tak puas nanti.

Berbalik pada kisah A-Saloon. Yang menariknya saloon ni, ada menyediakan sebuah bilik untuk pengunjung wanita muslim. So taklah rasa segan bila nak buka tudung. Dorang turut pastikan hanya pekerja wanita yang akan melayan pelanggan perempuan. Sangat-sangat menjaga keselesaan pelanggan. Turut menyediakn teh o untuk setiap tetamu. Jika suami nak menunggu di dalam bilik ni pun dorang boleh sediakan sebuah bangku untuk berehat. Menarikkan!

Macam biasa dorang akan tanya dulu apa masalah rambut kita. Macam hakak yang dah tua ni (32tahun kohkohkoh) masalah paling ketara tentunya rambut gugur dan kelimumur. Tak jaga dengan baik kepala yang bertudung, memang timbullah masalah macam ni. So rawatan yang disarankan adalah penjagaan kulit kepala. Produk Shiseido. Bila meresap kat kulit kepala rasa nyaman je aroma mint tu. Terus mata rasa boleh buka besar-besar! 

Bila Damia dah siap dibasuh dan digunting rambut, pengurus saloon Mrs Celine berikan iPad untuk menghilangkan rasa bosan dak kecik ni. At least takdelah dengar suara-suara merengek dak kecik ni ye hihi..

Pandangan dari luar. Korang boleh naik ke aras 2 berdekatan dengan esklator naik turun di IoI City Mall. Selamat beristirehat!

Bila nak membayar dapat pula goodies dari tokey saloon. Sikat untuk melancarkan aliran darah di kepala dan 2 peket tonik rambut. Terima kasih banyak pada Mrs Celine dan Ms Sharoon. Ternyata pengalaman pertama di A-Saloon sangat menyeronokkan. Lebih-lebih lagi dengan layanan mesra dan sikap peramah Mrs Celine. Masa bergunting rambut rasa tak lama dan tak membosankan. Semoga biz mereka kian berkembang ;)


No comments: