Nuffnang

Followers

Tuesday, February 24, 2015

Decolah kalau nak menang!

Bila orang tanya kat hakak, macam mana nak menang contest dengan mudah? Nah, ini jawapannya. 

TAPI: deco bukan keutamaannya nak-nak kalau contest jenis lucky draw. Buatlah deco level supreme pun, tak sampai seru rezeki, tak menang jua. 

Pengalaman serik dengan beberapa jenis contest yang ada yang dah hantar: penganjur senyap. Dah shortlisted: takde result. Dah menang: hadiah lesap. Ini semua berbalik pada rezeki DIA janjikan. Kalau dah rezeki hantar form kosong (non deco pun boleh menang 30k!) 

Yup, jadikan info itu sebagai sumber inspirasi, dari dulu hingga kini. Petuanya? Join, hantar, doa, tawakal: menang kalah adat bertanding. Too cliche, tapi itulah hakikatnya. 

Kalau tanya hakak: 
i love deco entry. 

Kalau hakak juri: 
hakak kan pilih deco entry sebagai keutamaan. 

Kenapa? Kegigihan, kreativiti dan kesungguhan untuk menang. Compare comper yang malas nak mendeco, bila kalah mengeluh. Bila tengok entry-entry canggih macam ni jadi dengki. Mulalah komplen-komplen pada penganjur, mengadu mengatakan yang penganjur tak adil. Isunya, adil tak entry kosong bertanding dengan entry berhias macam ni nak menang mudah? Nak buat satu-satu deco tu bukan mudah. Kena ada idea menarik, bajet beli barang deco, masa yang kena diperuntukkan untuk menghasilkan entry tu. So kalau korang penganjur yang bijak tentunya korang pun boleh fikir semua benda tu. Jangan bijak komplen saja.

Tips terang lagi nyata, jangan kata tak pandai. Jangan kata tak kreatif. Berlambak idea dalam yiutube korang boleh cuba. Nak tak nak. Rajin atau malas SAHAJA.

ps: my deco entry, tenggelam. Gambar di atas bukan entry hakak. Sebab tu sudi share! hahhaha....

6 comments:

Mama Balqis BluePinkBaby said...

Pd pendapat sy...Pemilihan pemenang berdasarkan TNC contest itu sendiri....kalu TNC dinyatakan pemenang dipilih berdasarkan deco...pd sy tak perlu dipertikaikan lah TAPI kalu TNC kata pilih pemenang berdasarkan Lucky Draw tp tiba2 pilih yg deco...sgt tidak adil...sbb yg hantar borang semestinya dah baca TNC....xde saje2 nk hantar togel gitu...melainkan contest tu tak nyatakan apa2 TNC...so deco adalah cara nk tarik perhatian juri

Wansteddy Tales said...

deco ibarat gula-gula kepada juri :)

uji said...

wah.. baru tau pentingnya deco dlm contest. agaknya sbb tu x pernah menang teka silang kata sbb xde deco. huhuhu...

Wansteddy Tales said...

saya sndri kdg tu malas nk deco. hntr la togel2 pn asal hntr alang2 pop da sedia. 1 perkara yg jd inspirasi saya hingga kini. hntr 1 form togel pn blh menang 30k! itu pengalaman benar yg dialami rakan comper saya sndiri. jd bila ada bukti nyata mcm tu, buat saya percaya rezeki ni kerja Tuhan. Dia nk bagi, dia kan bagi wala mcm mana cara n gaya kita berusaha :)

Nurul Hayati Hafiz said...

Saya cadangkan wan tulis ke p&g ke, unilever ke, j&j ke, mintak dorg buat kontes entry deko paling kreatif .... 😂

Wansteddy Tales said...

Yati, masalahnya wan sndri ssh nak menang contest2 yg disebut itu hahahah sadis sekali