Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, February 16, 2015

Kantoi PONTENG dengan UNIT INTEGRITI

Imagine tengah sedap makan nasi lemak, minum teh tarik sambil seronok berborak-borak. Datang sorang pakcik bagi salam diiriingi dengan pegawai-pegawai polis kat belakang. Tanya kerja kat mana, nama apa, jawatan apa, blablabla... Dan akhirnya baru tersedar yang kamu dah kena tangkap dengan Unit Integriti. Masaklah... selamatlah nama masuk list dalam buku log disiplin. 

Apa nak komen ye?

Waktu 7.30 pagi masuk kerja, 4.30 petang punch out. 
Atau 8.00 pagi masuk kerja, 5.00 petang punch out. 
Atau 8.30 pagi masuk kerja, 5.30 petang punch out. 

Punch card sentiasa cantik. Tak pernah merah. Tak pernah lewat, balik kerja tepat pada masa. Tapi di pertengahan waktu kerja, ada tak kat meja? Atau keluar pejabat awal pagi dan masuk semula lewat petang, macam takde apa-apa berlaku. Alasan banyak dan kreatif: pergi klinik, apointment kat hospital, lawat kawasan kerja, hantar famili balik kampung, join kumpulan sekian-sekian. 1001 macam alasan. Yang musykilnya hari-hari hilang? 

Yang duduk di pejabat, ada tak kerja? Atau duduk-duduk saja bergosip, bermain facebook dan mencantikkan diri. Yang jenis ada kerja, buat tak kerjanya? Atau kerja terus menerus terbengkalai, yang akhirnya kerja beliau tu dipertanggungjawab pula pada staff lain. 

Orang lain yang kena cover. Kerja sudahlah setimbun, jadilah lebih bertimbun. Bukan sebab rasa sanggup sangat buat kerja banyak tu. Paksarela sebab kerja tu akhirnya terbeban juga pada individu tertentu. Yang orang yakin boleh buat kerja. Yang orang percaya boleh settle. 

MASALAHNYA, adil tak? 

Aku percaya tindakan Unit Integriti kini cuba membersihkan amalan tak sihat kakitangan awam yang makin teruk. Perangai malas bekerja, mengelat tugasan sebenarnya diperturunkan dari generasi terdahulu. Betul atau tidak terpulanglah pada penilaian masing-masing. Ada yang memberikan contoh yang baik, tapi bila kuasa majoriti menguasai pejabat, secara tak langsung staff yang ada sikit-sikit nilai integriti ikut terpengaruh. Mula-mula mencuba, akhirnya jadi tabiat dan keseronokan.

Apa pun berbalik pada akhlak. Kita tahu amalan ponteng kerja tu tak bagus. Amalan bergosip tu tak bagus. Malah dari kecik kita dah diasuh untuk berdisiplin dengan masa, belajar rajin-rajin, buat kerja sekolah. Bila dah tua, berstatus emak bapak orang masih tak pandai nak jaga kerja, jangan hairan bila tengok anak-anak mencontohi pula perangai kita. Tidak sekarang, suatu hari nanti.

Jangan komplen gaji kecik, tak cukup makan. Kalau awak datang kerja pun atas niat nak penuhkan punch card cantik saja. Hakikatnya berbalik pada nawaitu kita. Bekerja untuk siapa? Demi apa? Dapat jawapan yang itu barulah terbit dalam kepala: halalkah duit gaji kita?

Komen ini lanjutan dari entry: 

No comments: